Tuesday, May 26, 2009

dia punya kisah... kita?

Dia segera bangkit apabila azan subuh kedengaran. 'Eh, dah pukul empat'katanya sambil memicit kepala…

Sudah 2 hari dia demam selsema dan batuk.. tak sangka dalam fatrah imtihan yg memerlukan dia untuk terus segar mambaca buku inilah dia diserang virus selsema(syukur bukan H1N1 a.k.a influenza A)

Selesai tunaikan kewajipan dia mula mmbuka buku..'ah, aku mesti study.'bisiknya pada diri.. Baru 10 minit mmbaca, kepalanya berdenyut kembali.. sudah berbelas tisu digunakan untuk mangelap air yg keluar dr hidung..(hehe.. faham2 je la)

Dia mengeluh panjang…'huh.. fed up r hidung nih..' dan tiba2 terdiam bila teringat..dua nikmat yg sering manusia lupakn ialah nikmat sihat dan waktu lapang.. 'ah, kini aku hilang kedua2nya..'.. dia mula mengenang kmbali kegiatn sewaktu sihat dan ketika exam masih jauh..

Dia mula tersenyum saat mangingatkan betapa Nabi Daud AS dahulu cukup bersabar dgn dugaan yg dialami..'mm..inikan pulak aku yg cuma alami dugaan yg x smpai 5% drpd pnderitaan Nabi Daud..'

Dia bangun dari katil a.k.a tmpat studinya dan mmbasuh muka utk mnyegarkan diri.. 'apala aku ni.. baru kena uji sikit da nak mengeluh.. apalah sangat kalau nk dibandingkan dgn berbilion nikmat yg Allah kurniakn.."

Lantas dia menadah tangan dan berdoa"Ya Allah yg Maha Penyayang, moga selsemaku ini dapat memadamkan dosa2ku yg lalu.." dia meraup mukanya selepas mengakhiri doanya dengan doa untuk belajar..

Sambil mmbuka buku , dia bernyanyi kecil lagu nasyid yg mmg diminatinya sejak dulu "Allah rindu mendengarkan rintihanmu berpanjangan.. bersyukurlah dan tabahlah mghadapi ..segala ujian yg diberi.. maka bersyukurlah selalu…"

p/s: kawan2, apa yg kita bley dapat dari kisah dia?

Saturday, May 23, 2009

Niyyah au intentions!

Bismillahirrahmanirrahim. In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful.

Assalamualaikum wbt. Peace be upon you all dear readers..

Alhamdulillah. Finally this blog were updated by all my "Rimba" friends. Yeay to them n a BIG ARIGATO to Allah sbb mengizinkan mereka to memulakan kalam ini 4 da 1st time. Hehe.. Now it’s cheetah the harimau bintang will perform an action. Gagaga…
May all what we intend to do will give us all benefits and bless from Allah. Hmm..Suddenly cheetah teringat 1 hadis ni, that cheetah never knew this hadis before and it’s a very simple hadis n very basic though it’s considered to be one of the greatest hadiths in Islam . And u wanna know what? It’s hadith 1!!! Senang je kan?! cheetah knows about this hadith like emm.. starting this year if cheetah not mistaken(blushing, aii.. malunye, baru tau ke?) xpe la..yg penting blaja n grab kuat2 ape yg kite dh blaja ni, ingat sampai bile2.. hmm.. what’s this hadith all about?? Jom explore same2…

Narrated 'Umar bin Al-Khattab: I heard Allah's Apostle saying, "The reward of deeds depends upon the intentions and every person will get the reward according to what he has intended. So whoever emigrated for worldly benefits or for a woman to marry, his emigration was for what he emigrated for."

That’s the hadith. The hadith actually emphasizes our actions base on our INTENTIONS. Sometimes kite nak blaja tp kite lupe niat kite blaja utk ape? Utk score exam? Utk dpt dean list? Utk pointer tinggi?Utk dpt ijazah? Utk dpt ilmu? Or just krn Allah? Eh.. ape sume ni? I x paham la u..xkan kite masak, makan, minum, tido, pee(ngee), segale-galenye lah sbb Allah je kot? Bukan kite makan sbb nk isi perut brbunyi ke? Bukan kite minum utk legakn tekak yg haus ke? Bukan kite tido utk rehatkn badan n minda ke? Bukan kite pee sbb kite x tahan ke?(hehe).. Yes.. sume tu betul la.. but it’s a waste of time plus energy if we done all these things without any intention because of Allah.. Allah nak bg pahale free in the most easy way pon kite malas nk buat.. kekadang tu lg teruk bila kite sbenarnye lupe nk tajdid niat..hish.. ape nk jd ni?(trkene batang hidung cheetah sndiri sbenarnye)..
So, what should we do now? Well, from now on and after this we should start renew our intentions every time we want to do something. And teringin cheetah nak share 1 kate2
ulama ni :

“ Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat n suatu amalan besar menjadi kecil kerana niat. Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niatnya”

Jd, x teringin ke kite lakukan amalan yg sekecil-kecil particle pon dapat jadi sebesar-besar elephant or lg besar dr ni?. Owh, sorry elephant for using u as an analogy; honestly u’re a great creature my dear friend elephant! Hehe.. cheetah dah mule merepek..
Anyway, hope u guys dapat benefits drpd post ni. If there’s any mistakes or maybe u want to share any info that are beneficial for us all, u’re most welcome to shout it out. As a learning muslim, we must speak our mind!! Yeah.. Ganbatte ne!!

Friday, May 22, 2009

program oh program

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puji-pujian bagi Allah,tuhan pemilik sekalian alam..

Mule2, BeLaLaNG nk minta maaf sbb lambt post entry ni….

Ni kali pertama BeLaLaNG menulis kt blog ni..*berdebar2 je*

Baru2 ni, BeLaLaNG sibuk ngn macam2 program, x sempat nk post entry ni..kesian kt kawan2 rimba lain nk post entry baru..*sorry eh

Apepun,Nape ngan program..nape BeLaLaNG pilih “program oh program” jdi tajuk entry ni???

Haaaaaaaaaaaaaa.....

Ade sebabnye.....

Kena bc sampai hbis dulu....

خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ

"Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia yang lain.

apapun,BeLaLaNG nak bgthu dulu yang BeLaLaNG nak berkongsi tentang “manfaat untuk orang lain”untuk entry pertama BeLaLaNG.

Berdasarkan hadis ni,untuk jadi sebaik2 manusia ialah dengan jadi orang yg paling bermanfaat untuk orang lain..

Cmne nk jadi orang yang camtu?????

Ikut apa yang BeLaLaNG baca,ada tiga tahap untuk kite sama2 jadi orang yang bermanfaat untuk orang lain..

Tahap pertama

Kemampuan kite untuk membebaskan seseorang itu dari belenggu orng lain..memandangkn skrg ni dh x de hamba,maka sekarang ni kebolehan untuk membebaskan seseorang dri penindasan orang lain(wahhh..ade sape2 nk tolong bebaskn BeLaLaNG dari pembulian kawan2 rimba J..),ataupun dari belenggu hutang ataupun ape2 sahaja yg menyebabkn seorg itu x merdeka(betul ke ayat ni..??)

Tahap kedua

Kemampuan untuk menolong orang lain ataupun menyediakan kerja untuk orang lain…

BeLaLaNG nak ambil contoh peristiwa Rasuluallah s.a.w yang ditanya oleh Abu Dzar sekirenya tidak mampu melakukan tahap yang pertama.Baginda bersabda: membantu orang yang bekerja atau membuatkan pekerjaan orang lain. Hadis lain:

فَيَعْمَلُ بِيَدَيْهِ فَيَنْفَعُ نَفْسَهُ وَيَتَصَدَّقُ...فَيُعِيْنُ ذَا الْحَاجَةِ الْمَلْهُوْفِ

Maka dia bekerja dengan kedua belah tangannya, memberi manfaat kepada dirinya dan bersedekah…menolong orang yang sangat memerlukan…"

Jadi, BeLaLaNG nak ajak korang untuk sama2 ringankan tulang empat kerat korang utk menghulurkan bantuan pd yg memerlukan..kalu x banyak,sikit pun cukup..kerana sabda Rasuluallah saw :”sebaik2 amalan ialah yg sedikit tapi berterusan..”

Tahap ketiga

Kemampuan untuk tidak mengganggu orang lain dalam melakukan urusannye..Sabda Rasuluallah:

فَلْيُمْسِكْ عَنِ الشَّرِّ فَإِنَّهُ لَهُ صَدَقَةٌ

'Maka hendaklah ia menahan diri dari berbuat kejahatan, maka hal itu menjadi sedekah baginya

Ini adalah tahap terendah yang harus dipenuhi oleh kite sebagai seorang muslim, iaitu jangan mengganggu orang lain. Cukuplah tidak mengganggu orang lain sebagai sedekah bagi kita yang masih lemah dan tidak punya kemampuan apa-apa.

Sebenarnye bile cakap psl manfaat ni, BeLaLaNG teringat ngan program yang BeLaLaNG agak busy uruskan baru2 ni.sebab tu BeLaLaNG pilih tajuk ni..

Pada BeLaLaNG,program ni merupakan salah satu wasilah utk BeLaLaNG memberikan manfaat kepada org lain…dan bile BeLaLaNG dah uruskan program ni,barulah BeLaLaNG tahu cmne susahnye nk uruskan satu2 program tu.. BeLaLaNG juga sgt2 terharu bile ramai yang sudi hulurkan tangan ringankan beban BeLaLaNG ketika itu..terima kasih semua…..sebab sudi jadi orang yang bermanfaat untuk orang lain :)

Camne..dah terjawab persoalan tajuk BeLaLaNG kali ni,kan..

Sebelum akhiri entry ni, BeLaLaNG bawakan satu hadis untk korang yang sudi bc entry ni..

مَنِ اسْتَطَاعَ أَنْ يَنْفَعَ أَخَاهُ فَلْيَفْعَل

Barangsiapa yang boleh memberi manfaat kepada saudaranya, maka hendaklah ia melakukannya.’

~AYUH,JADI ORANG YANG BERMANFAAT UNTUK ORANG LAIN~

p/s1:Sama2 muhasabah diri dan moge2 entry ni dapat memberikan manfaat pada semua…………………

p/s2:Maaf kalu entry BeLaLaNG x menarik..x macam kawan2 rimba lain…*budak baru belajarlah katakan..kalu salah @ silap,tolong betulkan.*

Thursday, May 21, 2009

kenali Tuhanmu~

bismiLlah~
rasanya tak terlambat lagi
hud-hud nak ucapkan ahlan wa sahlan kepada sume yang membace. Sem0ga dengan kehadiran RMK ni akan bawa kita lebih dekat denganNya. Sama2 kita ambil manfaat ye!


S0ifi datang lagi. Alhamdulillah. Lengkap sudah satu kitaran tahun arba3ah fasl (4 musim). Hud-hud teringat waktu mula2 datang Jordan. Waktu tu masih dalam s0ifi. allahu Akbar. Hebat cabaran hud-hud dan kawan2 lalui. Dahlah baru nak settle d0wn kat sini, kena pulak puasa Ramadhan dengan cuaca yang sangat panas. Telur dalam p0ket p0n b0leh masak.hehe.. dgn berbekal sunbl0ck SPF 30, kami tabahkan diri. Kami yg masih kanak2 dumex kat bumi anbiya’ ni belajar menyesuaikan diri..hehe..

Akhir n0vember. Awan mula memunculkan diri. Alhamdulillah ade la penapis bahang matahari drpd sampai direct kat bumi. Simb0lik bermulanya kharif(autumn) yang menjadi penghubung dgn syita’(winter).

Disember. Tanah yang gersang diserikan dgn kehijauan rerumput. Petanda datangnya syita’. View drpd dlm bas otw nak gi jami3ah sangat best. Hijau je sume. Apakah yang lebih hebat drpd pujian kepada Allah. subhanaLlah.

Kita lihat peralihan musim dengan susunan yg sangat menarik. soifi dengan panasnya yang xde tapis2. Menyusul kharif menyederhanakan suhu bumi dan meluruhkan dedaunan. Taktala sume p0kok dah b0tak tak berdaun, syita’ pulak ambil alih. Dengan suhu bawah takat beku, malam jadi panjang, siang pendek. Rabii’ pulak kita disajikan dengan bunga2 yang tumbuh meliar. Di mana ade tanah di situ ade bunga. Hati pun terasa kembang berbunga2 je..ewwah~

Selain kejadian empat musim yang kita dah belajar sains sek0lah rendah dulu, banyak lagi fakta2 sains atau kejadian yang kita b0leh sebut.

Siang dan malam silih berganti. Titik.
Manusia diciptakan daripada cell yang kecik. Titik.
P0kok yang tumbuh dari biji+baja kecik.titik.

Kalau kita hanya belajar dan menerima input dalam kepale hanya sampai ‘titik’ maka kita dah campak diri kita dalam g0longan yang rugi. J0m fikir+renung lagi sekali! Siapa lagi yang mampu kawal semua ni kalau bukan Allah rabbul ‘Alamin.

Hmmm, pernah dengar tak اول الدين معرفة الله :. ‘Awal2 agama tu ialah dengan mengenali Allah’. Camne pulak nak kenal Allah? Kita diajar supaya selalu merenung dan berfikir tentang kekuasaan ciptaanNya. Tak kiralah dari sekecil2 semut hinggalah sebesar2 galaksi.

“Allah meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy. Dia menundukkan matahari dan bulan; masing-masing beredar menurut waktu yang ditentukan. Dia mengatur urusan (makhluk-Nya), dan menjelaskan tanda-tanda (kebesaranNya), agar kamu yakin akan pertemuan dengan Tuhanmu. Dan Dia yang menghamparkan bumi dan menjadikan gunung-gunung dan sungai-sungai di atasnya. Dan padanya Dia menjadikan semua buah-buahan berpasangan. Dia menutupkan malam kepada siang. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berfikir.” (Ar-Ra’d:2-3)

Kejadian siang dan malam yang datang silih berganti berlaku SETIAP hari. Tak pernah pulak malam ‘merajuk’ tak nak ikut perintah Allah lalu jadilah 24 jam siang. Tak pernah sama sekali! SubhanaLlah~

Kejadian manusia yang sangat unik. Diciptakan dengan sangat k0mpleks bermula dari air mani yang hina. Tapi membesar jadi ciptaan yang Allah galaskan tugas mengamankan bumi. Itu belum cerita sistem pengaliran darah dlm badan, sistem pernafasan, dan segala sistem yg menggerakkan badan. SubhanaLlah~

Bila tukang kebun nak tanam pokok, mesti tabur benih banyak2 sebab di0rang pun tau yang k0npem tak sume akan menjadi. Cuma Allah je yang tau benih mana akan tumbuh jadi p0kok. Hah, teng0k… tukang kebun pun xde ilmu yg kecik macam tu. SubhanaLlah~

Siapa lagi yang mampu menggerakkan semua ini kalau bukan Allah rabbul ‘alamin. Semua termasuk dalam ilmu+kekuasaan Allah yang sangat luas. Semuanya dalam kuasa+genggamanNya. Semua taat mengerjakan perintah Allah. Hud-hud terasa malu bila fikir yang dalam sehari, salu je terleka dari ingat Allah, sedangkan hud-hud dikelilingi makhluk2 Allah yg bertasbih x putus2..

Senang2 je Allah nak bagi pahala kat kita. T0leh keliling, sebut SubhanaLah. ingat tau.. dalam ayat tadi Allah sebut 'bagi 0rang2 yang berfikir'... jadi, kalau tak fikir tak dapatlah nak figure them as Allah's creati0ns..

Segala yang ada di bumi ni Allah ciptakan sebagai nikmat untuk kita. Adakah kita akan lebih bersyukur dan patuh pada Allah atau sebaliknya? Fikir2kan dan timbang tarakan iman kita. J0m k0reksi diri sucikan hati!

Tuesday, May 19, 2009

Bila Rumah kata Pergi Kubur kata Mari

Haaa fuhh!!
Kasi tiup itu sawang...

Taip delete taip delete sampaikan dah berhabuk entry ni tersimpan dalam draf.. Hehehe..minta maaf ye rakan-rakan rimba sekalian sebab lambat pengepostkan (dengan muka bersalah..)

Assalamualaikum w.b.t

Bercakap mengenai mati. Mati adalah satu lumrah kehidupan. Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Tidak ada yang kekal selamanya or 'immortal' melainkan ALLAH. Sentiasa mengingati mati pasti akan membuatkan manusia lebih takut untuk melakukan kejahatan. Tapi manusia mudah lupa akan semua ini kerana leka dengan keseronokan dunia dan juga dari bisikan syaitan. Kalau entry daripada Orkid Liar mengenai tanda-tanda kematian, Cik Pepatung nak kongsi pasal gangguan syaitan ketika menghadapi SAKARATULMAUT yakni ketika nyawa sudah berada di kerongkong.

Iblis dan Syaitan akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika SAKARATULMAUT. Syaitan mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 rombongan.


Rombongan 1


Syaitan datang dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Syaitan itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Maka matinya itu dalam keadaan lupa kepada Allah.


Rombongan 2


Syaitan menjelma dalam rupa binatang yang di takuti seperti, harimau, singa, ular dan kala yang berbisa. Apabila yang sedang di dalam sakaratul maut itu tengok kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Ketika itu putuslah nyawa itu dari badannya, dan matinya disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah s.w.t.


Rombongan 3


Syaitan datang mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang itu berminat dengan burung, maka menjelma jadi burung, dan jika dia minat dengan kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan kuda lumba (judi).


Jika dia minat dengan dengan pepatung, maka dirupakan dengan pepatung itu. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan dia mati masa itu, maka matinya dalam keadaan yang lalai kepada Allah.


Rombongan 4


Syaitan rombongan ini merupakan rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati itu, contoh macam musuhnya ketika hidupnya dahulu. Maka jika orang itu hendak melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya dan masa itu juga maut pun datang dan matilah dia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya.


Rombongan 5


Syaitan pada masa ini merupakan rupa sanak-saudara seperti ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambilnya dan syaitan itu berkata sambil merayu,


"Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi berpisah dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga."


Jika dia mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi dan dia pun mati pada saat itu juga, matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.


Rombongan 6


Syaitan menjelma sebagai ulama2 yang membawa banyak kitab, lalu berkata,


"Wahai muridku, sudah lama kami menunggu akan kamu, berbagai ceruk kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, Oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu."


Lalu diminumnya ubat, itu dan hilanglah rasa sakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Syaitan yang menyerupai ulama dengan berkata:


"Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?"


Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut:


"Aku tidak tahu."


Berkata ulama:


"Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulama yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah s.w.t. hendaklah kamu patuh kepada kami."


Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam syurga palsu yang dibentangkan oleh Syaitan bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut. Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulama palsu:


"Bagaimanakah Zat Allah?"


Syaitan merasa gembira apabila jeratnya mengena. Lalu berkata ulama palsu:


"Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu".


Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi. Berkata Syaitan:


"Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah."


Berkata orang yang dalam sakaratul maut:


"Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya. Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini."


Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.


Rombongan 7


Rombongan Syaitan yang ketujuh ini adalah syaitan yang terdiri dari 72 barisan. 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad s.a.w. bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat. Ketahuilah bahawa Syaitan itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang berlainan di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Syaitan dan Iblis yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut.
Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud:


"Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah."


Subhanallah. Itulah dia syaitan. Terus menerus mengganggu manusia sehingga sampai ke saat2 kematian pun masih tidak berputus asa. Cik Pepatung teringat pula kata2 daripada Imam Al-Ghazali iaitu:


“Demi Allah, seandainya jenazah yang sedang kalian tangisi boleh berbicara sekejap, lalu menceritakan (pengalaman sakaratul mautnya) pada kalian, niscaya kalian akan melupakan jenazah tersebut, dan mulai menangisi diri kalian sendiri”.


Wallahualam….Semoga dapat dijadikan iktibar.


Related Posts with Thumbnails
 
copyright reserved R.I.M.B.A.M.A.Y.A.K.I.T.A 2010