Monday, May 11, 2009

Mari MEnJaDi AnAk sOLeH!!

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Pengasih

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..setinggi2 kesyukuran ke hadrat Ilahi kerna kita sume masih dberi kesempatan merasai nikmat2-Nya..nikmat bernafas hasil kitaran gas kerjasama antara shbt2 tumbuhan dan haiwan..nikmat mndgr kumpulan nasyid murai dan pepatung mengalunkan zikir2 memuji Allah...nikmat kesejukan dan kehangatan dri terbit tenggelamnya sang mentari... nikmat melihat anak2 daun meranti asyik terliuk lentok menari ditiup pawana.subhanallah..agungnya ciptaan-Mu..

Waaa…meranti,dan cik clover leaf masing2 da anta 1st entry mereka.. alhamdulillah ....now is my turn..1st tyme blogging ni! arap sume bley beri tunjuk ajar..ceepoot ni hanye seekor ceepoot..yela xkn ceepoot nk jdik sang gajah plak kn? :)

mother’s day bru blalu..huhu..(tibe2 sayu mngenangkn mak nun jauh di mate tp yg psti amat dkt dihati)..psst..cik clover leaf jgn nanges erk!!sllu clover leaf la yg pling sensitive..hehe..ops tbocor rahsia plak..ceepoot mintak ampun..dri ujung sesungot kendian melalui cengkerang pastu ke ujung ekor..hehe..hmm btol kate meranti 2.sntiase la kite kenang btape sshnye ibu2 kite mngandung,mlhirkan dan mnjage kite..insyaAllah bile kite sllu ingt ibu dan ayah klu terdetik nk buat perkara tdk elok, niat 2 akn tbatal..xsnggop rsenye nk nyusahkan ibu ayah lg..jase yg mreka slame ni pon belom tentu kite dpt bls..hanya Allah sje kite mmpu berdoa..

Dalam surah ah-Ahqaf ayat 15, Allah berfirman :

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya sudah

mengandungnya dengan menanggung susah payah dan melahirkannya dengan

menanggung susah payah. Sedangkan tempoh mengandungnya beserta dengan

tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.”

Syurga itu dibawah telapak kaki ibu yer shbt2 sekalian..

يا رسول الله أردت أن أغزو، وقد جئت أستشيرك, فقالهل لك أم؟ قال: نعم. قال : فالزمها فإن الجنة تحت رجليه

Maksudnya: “Wahai Rasulullah, aku ingin pergi perperang, aku datang untuk meminta pandangan-mu. Nabi S.A.W. bertanya: Apakah kamu mempunyai ibu? Jawabnya: “Ya”. Sabda Nabi S.A.W.: Peliharalah (berbuat baiklah kepada) dia, sesungguhnya syurga berada di bawah dua kakinya.”[13]

So 4 my 1st entry ni ceepoot punye cite pon berkait rapat ngan entry meranti yg bertajuk …………ANAK SOLEH!!g pon liqa’ shbt2 rimba ri2 bru je ckp sal ni.. klu sebot sal anak soleh ni pe yg shbt2 sume bygkn??pernah x dgr lagu anak soleh by unic?

Ceepoot suke sgt lgu 2..ceepoot arap sgt dpt memiliki sume sifat2 ank soleh dlm lgu 2..insyaAllah..sme2 kite berusaha mnjdi lbey baek!jom kite sme2 teroka dan selam sedalam2nye dgn memakai google yg berkualiti ke dlm lagu ni..yallah2!!


Pe yg ceepoot dpt lam lgu ni antara sifat2 anak soleh ialah

1)Taat kepada Allah s.w.t. dan Rasul s.a.w, melaksanakan yang diperintah dan meninggalkan

segala larangan-Nya, serta tidak menyekutukan Allah, secara terang mahupun sembunyi.

2)Taat dan hormat kepada kedua ibubapa, dengan berbakti kepadanya, mengasihi dan mendoakan

kebaikan kepada meraka semasa hidup apa lagi setelah mereka meninggal dunia.

Buatlah yg terbaek kpd ibu bapa masing2..ceepoot suke nk kongsi ngan shbt2 berkenaan dgn hadith ni..betape tingginya darjat amalan berbuat baik kpd ibu bapa ats mizan Allah..

إنِّي خَطَبْتُ امرَأةً فَأبَتْ أن تَنْكِحَنِيْ, وَخَطَبَهَا غَيْرِيْ فَأحَبَّتْ أن تَنْكِحَهُ, فَغِرتُ عَلَيْهَا فَقَتَلْتُهَا, فَهَلْ لِي مِنْ تَوْبَةٍ؟ قال: أُمُّكَ حَيَّةُ؟ قال: لَا, قال: تُبْ إلى اللهِ عَزَّوَجَلّ, وَتَقَرَّبْ إلَيْهِ مَا اسْتَطَعْتَ. قال عطاء من يسار: فَذَهَبْتُ فَسَألْتُ ابنَ عَباسٍ: لمِاَ سَألْتَهُ عَن حَيَاةِ أمِّهِ؟ فقال: إنِّيْ لَا أعْلَمُ عَمَلاً أقْرَبُ إلى اللهِ عَزَّوَجَلَّ مِنْ بِرِّ الْوَالِدَةْ.

Maksudnya: “Aku telah meminang seorang wanita, akan tetapi ia tidak menerima pinangan-ku, kemudian wanita itu dipinang oleh lelaki lain, dan wanita itu menerimanya, maka timbul perasaan cemburu aku terhadap wanita itu, lalu aku membunuhnya. Apakah bagi-ku ada peluang (diterima) taubat? Ibn ‘Abbas bertanya: “(Apakah) Ibu-mu masih hidup?” Jawab lelaki itu: “Tidak.” Kata Ibn ‘Abbas: “Bertaubatlah kepada Allah A.Z.W.J. dan hampirkanlah diri kepada-Nya semampu-mu.” ‘Atho bin Yasar berkata: “Aku pergi bertanya kepada Ibn ‘Abbas: “Mengapa anda bertanya kepada lelaki itu apakah ibunya masih hidup?” Jawab Ibn ‘Abbas: “Sesungguhnya aku tidak mengetahui adanya satu amalan yang lebih hampir kepada Allah A.Z.W.J. lebih daripada berbuat baik kepada ibu.”[4]


Hadith ini menunjukkan kepada kita bagaimana berbuat baik kepada ibu dapat menghapuskan kesalahan yang dilakukan, kerana itu sahabat Nabi S.A.W. Ibn ‘Abbas r.a. bertanyakan keadaan ibu lelaki tersebut apakah masih hidup ataupun tidak, sehingga dia dapat berbuat baik kepada ibunya, seterusnya dapat menghapuskan kesalahan dan dosanya.

3)Memiliki segala sifat mahmudah serta menjauhi segala sifat mazmumah. Antaranya seperti

sabar, syukur, ikhlas, tawakkal, rajin berusaha, dan cekal. Manakala sifat mazmumah yang perlu

dihindari seperti bohong, bakhil, khianat, dan hasad dengki.


hmm rsenye smpi cni sje post ceepoot..bittaufiq tuk yg bakal exam..

ceepoot dgn ini mnyeru shbt2 dan diri ceepoot sndri, marilah sme2 kite berusaha mnjadi ANAK SOLEH dan SOLEHAH!!moga sgle urusan kite dipermudahkan-Nya.. salam ukhuwah!!
~wassalam~

Sunday, May 10, 2009

Perutusan sempena HARI IBU



Assalamualaikum wbt. Selawat dan salam ke ats Rasulullah, nabi junjungan kita.

Shu akhbarukum? Semoga sentiasa di bwh perlindungan dan rahmat Allah.

Buat pendahuluannya, meranti nk bawakan ayat quran ni:


Dan Kami perintahkan kepa
da manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepadaKu lah kembalimu (31:14)

Dah wish mak masing2 sempena Mother’s day? Sebenarnya setiap hari adlh mother’s day..tp x salah rsenye kalau kita jadikan hari ni hari special utk mak kita. Kalau di m’sia, hari ni lah kita belikan hadiah utk mrk, masak utk mrk dsb. Kalau dpt buat tiap2 hari lagi bagus!

Alhamdulillah. Terima kasih Allah ats pengurniaan mak kita. Sampai sekarg, kita masih ada mak di sisi. Mak telak berjaya mendidik kita sehingga kita mampu menjadi sebagaimana kita sekarang. Sampaikn ucpn salam dan tahniah meranti pd mak masing2 ye. Pandai mereka didik! Semuanya baik2 belaka! Hee~

Di kesempatan ni, meranti nak ajak kita semua berfikir sejenak. Mak kita tlh berjaya menjalankan tanggungjawab mrk, tp..…..bagaimana kita pula nanti???


Agaknye apalah nasib anak2 kita dapat mak mcm kita? Adakah kita berjaya membina individu2 muslim yang diperlukan umat islam kini? Kita mahukan anak kita untuk menjadi lebih baik dari kita…maka kita perlulah menjadi yang terbaik dahulu.

Kita nak ajar anak kita mengaji AQ, maka kita perlulah membetulkan bacaan kita dahulu. Kita mahu anak2 kita menghafal AQ, maka kita perlulah mula menghafal sedikit demi sedikit dari skrg. Kita mahu anak2 kita jadi rajin…maka kita perlulah rajin terlebih dahulu! Hee~

Utk menjadi seorg mak yg ‘tip-top’ bukanlah mudah. Ianya memerlukan proses yg lama, panjang dan berterusan…. Itulah proses Tarbiyah, iaitu apa yg kita sdg lalui skrg. (Semoga Allah thabatkn kita di ats jln ini. Amin)



Kitalah bakal2 ibu yang diperlukan Islam utk melahirkan kader2 islam! Kitalah bakal ibu yang akan melahirkan anak2 yang akan meneruskan rantai2 perjuangan! Kitalah bakal2 ibu yang akan menjadikan rumahtangganya sebagai rumahtangga islam yg menjadi qudwah kpd keluarga lain. Alangkah indahnya baitul muslim yang snts disinari dgn cahaya Islam. Mereka solat berjemaah bersama, membaca mathurat bersama, saling menasihati, anak2 menghormati ibu bapa dsb.

''Setiap anak itu dilahirkan di dalam keadaan yang suci (fitrah)). Ibu bapanyalah yang akan menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi''.


Apabila makin banyak baitul muslim, akan terciptalah masyarakat muslim, kerajaan islam, negara islam. Dan ketika itu sinar islam akan memancar terik. Islam akan menang. Itu janji Allah.

Inilah jalan yang Rasulullah tunjukkan kpd kita. lihatlah bagaimana Rasulullah berjaya mentarbiyah para ibu pada zaman dahulu. Rasulullah Mereka mampu melepaskan anak2 dan suami ke medan perang. anak2 juga menghafal AQ dan hadith2 sejak kecil. Hebat kan… (terase meranti sgt lemah…nk fly pn nanges2...ish3~ )

Maka, marilah sama2 kita bermujahadah memperbaiki diri.tpi jgn salah niat pula ye…bukan lah kita nak jadi baik sbb anak2, tp kerana itulah jalan utk mcpi mardhotillah. Oklah. Nk berenti takat ni je. Maaf kalau entry ni pening2 sket. Idea dtg scr tibe2 dn nak kejar mase.

Rindu semua.

wasalam

Related Posts with Thumbnails
 
copyright reserved R.I.M.B.A.M.A.Y.A.K.I.T.A 2010