Sunday, April 25, 2010

MULAN pulak dah..

Masa kecik-kecik dulu Clover Leaf (CL)suka sangat tengok cerita kartun Disney.. bukan sebab apa.. lagu-lagu Disney ni selalunya best2 dan banyak pengajaran.. he2 :P

Entah macam mana tiba2 CL teringat plak kat cerita Mulan ni..

kenapa dengan dia?

Mulan ni anak gadis tunggal yang sangat2 biasa di kampung.. tapi satu hari ada utusan dari istana datang ke kampung tersebut mengatakan setiap family kene hantar wakil lelaki untuk sertai perang..

nak dijadikan cerita, ayah Mulan ni dah tua, Mulan ni plak anak tunggal.. tapi, demi raja ayah dia kata takpe2.. ayah dia sanggup pergi..

Mulan? hmm.. yang CL tertariknya, Mulan ni tak duduk diam je, dia pun menyamar sebagai lelaki untuk menggantikan ayahnya sertai perang tu..

tu yang buat CL terfikir, bagusnya Mulan ni ada sense untuk buat semua tu.. cuba kalau kita kat tempat dia.. entah2 kita tak rasa apa2 pun.. entah2 kita lagi gembira sebab perempuan tak diperintahkan untuk berperang.

Contoh biasa la kan kat rumah bila ada tuntutan untuk kita bertindak...
Emak: Siti.. meh tolong mak sidai kain jap... (siti ni watak tambahan je. xde kene mengena dgn sesapa)
Siti: ala mak.. siti tengah study ni.. tu mak.. adek tu... asyik tengok TV je.. mak suruh je dia mak..

jeng! bagi alasan siap ha.. he2.. ni baru dalam hal kecik2..

Mulan Proaktif? sebab dia ambil tindakan dan tidak duduk diam je?

isk3.. sepatutnya kita LAGI PROAKTIF.. sebab Allah SWT ada berfirman:

"....Sesungguhnya, Allah tidak akan merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri....."
(Surah ar-Ra'ad: 11)

Maknanya.. kita perlu BERTINDAK dan berusaha untuk capai apa yang kita mahu.. bukan bermalas-malasan..bukan sekadar memberi alasan..

Dalam hal ni, Mulan ni takde pun nak bagi alasan "huh, aku hanyalah wanita yang lemah..hu2" padahal, Mulan ni gadis biasa.. bukan belajar kat tempat hebat2.. bukan faham yang Allah kata kita kena bertindak kalau nak ubah nasib kita..

Bertindak dan berusaha ni pun, ada garis panduannya.. NIAT kene betul, bukan sekadar nak menunjuk-nunjuk.. CARA pun kene betul.. bukan buat benda yang melanggar arahan Allah.. sebab Allah suruh kita usaha sebaik mungkin yang kita mampu..

~dan Allah sayang kat orang2 yang buat apa yang Allah suruh kerana mahukan redhaNya..

p/s: teruskan usaha KITA...bittaufiq wan najah utk semua yang berimtihan (dunia dan akhirat)
p/s 2: alamak.. mintak maaf sangat2 letak gambar yang tak soleh kat RMK ni..

Monday, April 19, 2010

Mereka cari jalan, kita cari...?


Ranting pokok tak tahu nak buat apa. Dia senyap di pohon itu. Takut-takut angin kuat datang, habislah dia berterbangan. Saat itu dia terfikir, masalah manusia lebih berat daripada masalahnya. Oh manusia, apa ya tujuan kamu hidup? Mahukah kamu menjadi seperti aku? Ranting pokok yang sedang meniti saat-saat terakhir dalam hidupnya. Menghitung waktu bilakan tiba angin lintang itu!


Ada sebuah kisah, kisah Manusia Biasa! Ingin ranting pokok ceritakan kepada rakan-rakan serimba yang lain...

Ada seorang bayi, dia lahir dalam keluarga yang biasa-biasa sahaja. Kemudian dia membesar, tadika yang biasa, sebelah rumah mungkin....sekolah rendah biasa-biasa sahaja...sekolah menengah pun biasa-biasa...universiti biasa sahajalah! Nak katanya, hidupnya biasa-biasa sahaja...Habis belajar, dia pun berkahwin. Berkahwin dengan orang yang biasa sahaja. Lepas itu, dia dapat anak.. Dia pun jadi tua.. Dapat cucu.. Kemudian, dia mati..Kehidupannya biasa sahaja.. Seperti telah di'program' dimindanya untuk menjadi seperti itu, kitaran hidup manusia biasa. Tiada yang 'special' dia boleh buat.

Ranting pokok teringat, suatu zaman dahulu. Ketika kegemilangan Islam, jubah, bahasa Arab, al-Quran, ilmu-ilmu, dakwah, pembukaan tanah lain untuk menyebarkan Islam, jihad..semua ini telah di'program' dalam minda umat Islam dahulu. Disaat umat Islam menjadi 'World Order', seisi dunia ingin mengikut Islam. Islam as a trademark lah kiranya!

Jadi, apabila mereka yang bukan Islam, yang pada itu mengalami Zaman Gelap menyedari bahawa umat Islam hanya boleh dikalahkan apabila mereka berjaya mengubah pemikiran umat Islam.. Ranting pokok ingin memetik kata-kata seseorang, Louis IX, salah seorang mastermind gerakan kebangkitan Eropah:

"Tiada jalan untuk mengalahkan dan menguasai orang-orang Islam melalui jalan perang. Agama mereka mendorong mereka untuk melawan, berjihad, mengorbankan jiwa... Kita mesti lakukan jalan lain; iaitu mengubah pemikiran Islam dan menjinakkan orang-orang Islam melalui serangan pemikiran. Cendekiawan Eropah harus mengkaji tamadun Islam dan mencipta senjata untuk merosakkan pemikiran orang-orang Islam."

Hasilnya, manusia menjadi hamba kepada artis, hiburan, kemewahan, cinta manusia, kepopularan, semangat bangsa: Arab Revolt dan rumpun bangsa??????? upsss 0.0!

Angguk angguk geleng geleng
Tunduk tunduk ikut telunjuk
Iya Iya saya saya
Kiri Kanan Ikut saja

Kita tunduk pabila diketuk
Bila terantuk tak usah dipujuk
Biarpun dipatuk
Ingat pesan atuk…sabar sabar sabar sabar…
- Ahli Fiqir, Angguk angguk, geleng geleng.

jOm LaYan video ini..ini yang sebanarnya ranting pokok nak sampaikan..panjang pula intronye:))) zasss~



ranting pokok kata:

pilihlah mana yang kamu hendak..
Allah dan Rasulnya VS Artis
dan yang adik beradik dengannya :)

Semoga bertemu lagi! insyaAllah :D
Wallahu a'lam bissawab..

Friday, April 16, 2010

Peristiwa 16 April 2010.

Assalamualaikum w.b.t

Harini 16 April 2010.. kalendar masihi..
Kalau bulan islam berapa haribulan? 
Hah jawab! :P

(Tak aci oh kalau tgk kat sidebar sebelah >.<)





Kalau bulan islam 16 April 2010 bersamaan 2 JamadiulAwal 1431..
Jadi, tahukah anda apa yang terjadi pada tarikh tersebut?



1. 2 JamadiulAwal 3 H (21 Oktober 624 H)
  • Rasulullah mengutuskan Zaid bin Harithah mengetuai satu sariyah (gerila) untuk menahan rombongan dagang Quraisy. Mereka berjaya melakukan misi tersebut di satu tempat bernama Al-Qirdah. Ini adalah peristiwa pertama umat Islam berjaya mendapat ghanimah (harta rampasan perang)

2. 2 JamadiulAwal 666 H (19 Januari 1268 M)
  • Umat Islam diketuai Zahir Bibris berjaya membebaskn bndr Yafa dari penjajahan tentera Salib setelah bertempur selama 12 jam.

3. 2 JamadiulAwal 1328 H (12 Mei 1910 M)
  • Lahirnya al-Imam al-Akbar Abdul Halim Mahmud,Syeikh al-Azhar yg ke-40. Beliau adalah seorang ulama agung. Menguasai ilmu yg bersumberkan dari ilmu² Islam dan karya² ilmu Perancis. Mempunyai krgn yg byk terutamanya dlm bidang Falsafah dan Tasawwuf.

4. 2 JamadiulAwal 413 H (3 Ogos 1022 M)
  • Abul Hassan Ali bin Hilal yg lebih dikenali sbg Ibn al-Bawwab telah kembali ke rahmatullah. Beliau adalah seorang penulis khat yg hebat sepanjang sejarah Islam. Pernah menulis mushaf al-Quran tulisan tgn sebanyak 64 kali.

    Saturday, January 16, 2010

    Today's saying..

    Assalamualaikum to all readerzzz…

    Hey yall!! It’s me the Cheetah..It’s been quite a long time since I’ve updated the blog, hmm, bout 2 months n more?? Well, now, it is hard for me to keep in track with all the things I do, I mean, I’m suppose to have a routine n all with my uni’s study n my time to play n spend my own quality time n all d things that well, u know, suppose a student do. But, sure, this is one of d things a.k.a update my so-hard-to-keep-in-touch-blog..say what?! Okaaayyy, I’m supposed to study right now since my exam is right bout tomorrooowww. Like hellloooo?? Who does this kind of thing? Tomorrow.Exam.Study.Review.Fullstop. But nooo, I need to take this time to update my blog. What a good timing huh? But exam should not be the reason to slow down our dakwah!! (ehem ehem, speak to myself)..

    Anywayz, enough wasting my time (now who’s talking? speak to urself). I don’t actually know what I wanna write right now, I mean I don’t have any idea,it juz that I feel like writing something. As long as we convey something even if it just one small thing, it’s consider great already. My saying for today is…

    “The more we see Allah’s love signs, the more we will love Allah”

    Ada paham? If not, why not my friends from alam rimba elaborate for me?! Hey guys, I’m asking 4 ur help, let’s make a healthy discussion here ok?

    -Allah akan tolong hambanya selagi mane hambanya tolong saudaranya-

    If the readers want to give their fresh opinions, u are more than welcome to shout out!! Come on, great muslims always speak up!! Till then, I’m off.

    Wednesday, September 9, 2009

    Laylatul Qadr






    إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ في لَِيْلَةِ الْقَدْرِ۝ وَمَا أدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ۝ لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ۝ تَنَزَّل الْمَلاَئِكَةُ وَالرُّوْحُ فِيْهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ۝ سَلاَمٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْر




    Beberapa hadith sahih mengenainya:


    “Carilah Lailah al-Qadr itu pada malam-malam ganjil di sepuluh terakhir Ramadhan”
    HR Bukhari dan Muslim


    “Barangsiapa yang beribadat pada malam Lailah al-Qadr, atas dasar keimanan dan pengharapan, nescaya di ampunkan dosanya yang telah lalu”


    “Sesungguhnya Nabi s.a.w apabila telah masuk 10 –iaitu 10 terakhir dari bulan Ramadan-, Baginda akan mengetatkan tali pinggangnya dan menghidupkan malamnya serta mengejutkan ahli keluarganya.”
    [Riwayat Bukhari]



    kt perlukan persiapan yg rapi utk menemui Lailatul Qadr, sama spt kita bertungkus lumus utk menghadapi sesuatu yg besar dlm hidup. eg. SPM, final exm, interview utk dpt kerja/naik pangkat, kawen, dpt anak etc.
    Maka, mmg sgt perlu la utk kt sgt2 bersedia utk malam yg lebih baik drpd 1000 bulan, umur kt pun pasti x menjangkaunya! Bonus dr Allah utk dpt pahala sebyk2nya!!!!

    persiapan zahiriah


    1. Mengurangkan makan dan minum

    Kerana ia akan menyebabkan mengantuk dan banyak tidur.

    Seorang sufi menasihati muridnya,

    “wahai muridku, janganlah makan berlebihan,jika kamu berbuat begitu,

    ia akan menambahkan tidurmu dan kamu akan menyesali ketika maut tiba”.

    2. Tidak melakukan kerja-kerja yang terlalu berat

    (bukan bermakna tidak bekerja keras)kerana ia juga menyebabkan banyak tidur.


    3. Melakukan Qailulah

    tidur sekejap di waktu siang -(terutamnya sebelum waktu zohor).Sebagai amal sunah untuk bangun dimalam hari.


    4. Tidak melakukan sebarang dosa di siang hari kerana ia akan mengeraskan hati dan menyekat Rahmat Allah.



    Persiapan jiwa


    1. Bersihkan diri daripada;

    i. Kebencian terhadap saudara seagama,

    ii. Hindarilah bid’ah (perkara baru dalam agama)

    iii. Kurangkan kebimbangan terhadap kehidupan dunia ini kerana kesannya membuat hati merasa berat untuk bangun malam dan akan datang mengganggu di waktu solat


    2. Hiasi diri dengan sifat takwa.

    Kerana apabila hati hangat mengingat kedahsyatan azab api neraka, takut dan gerun, dengan mudah ia akan terdorong untuk bangkit dari tidurnya untuk megerjakan Qiamullail.


    3. Mengetahui kelebihan-kelebihan dan keutamaan-keutamaan qiam al-lail serta ganjaran dan kedudukan disisi Allah bagi orang yang melakukannya kemudian berazam untuk melakukannya.


    4. Menghidupkan rasa cinta Allah






    jom sama2 kita hidupkan mlm2 terakhir ramadhan. mungkin ini peluang terakhir kt utk menebus sgl dosa. kt seringkali inginkan yg terbaik dlm kehidupan dunia, tp mengapa tidak utk akhirat yg kekal abadi. Smg berjaya~


    Smg allah menerima segala amalan kita. Amin Ya Rabb

    Wednesday, September 2, 2009

    kebanggaan atau kezaliman??

    assalamualaikum rakan-rakan rimba!

    harap sumenye dlm keadaan yg baek2 je di bulan ramadhan yg penoh barakah ni..
    da lme rsenye ceepoot x menulis kt cni..

    ni ceepoot pon xdela idea sgt nk menulis.jus nk kongsi cite kot dan pendapat..
    baru2 ni kan ceepoot de tgk discovery la kt tv..pasal TERRACOTA..spe tau??
    mule2 tgk 2 mmg mcm trase sket kagom la ngan bnde 2..makin tgk dan tros tgk..lme2 rse marah..sbb ape nye kwn2??

    pde pndpat ceepoot la kn, terracota ni xley dianggap sbgai 1 kebanggaan atau keajaiban..malah ianya seakan2 lambang kezaliman..nape nye ceepoot ckp cm2?
    kan ke terracota tu mmg sgt dasat la binaannye..beribu2 patung yg diukir dan setiap 1 nye berlainan wajah..disimpan ditempat sedemikian..sudah tentu bile dipikirkan, betapa berkuasanye pemerintah pde zaman itu..barkuasakah atau zalimkah??
    kewujudan terracota sememangnye mmbuktikan bermaharajalelanya kezaliman thdap golongan hamba2..maharaja pda zaman itu(ceepoot xingt dinasti ape) telah mengerah rakyatnye mnjadi hamba..mereka telah dicop di dahi masing2 sbgai tnda mereka adalah hmba dan dgn itu mreka tdk boleh lari ke mana2..bahkan bkn stakat berlaku zalim kpda golongan hamba, maharaja itu juge snggop manzalimi ahli keluarga sendiri dan pembesar2nye hanya krana takotkan mereka akn mngmbil alih kuasanya..para cendiakawan2 juga semuanya dibunuh..maharaja angkuh itu menganggap dirinyelah yg pling berkuasa!layakkah manusia mnghukum manusia sndri..semata2 gilakan kuasa!pdhal semuanye diciptakan dri pencpta yg Maha Esa..

    juga kite dpt lihat menerusi pembinaan mahligai TAJ MAHAL oleh Shah Jehan..kununnye ia melambangkan kecintaan beliau yg teramat sgt kepada isterinye Mumtaz..tetapi mengapa perlu dia berlaku zalim terhadap buruh2 yg terlibat dlm pembinaan itu dgn mencacatkan anggota badan mreka semata-mata tdk mahu ada bngunan lain sperti tersergam gahnya Taj Mahal itu..apekah haknye untuk berbuat demikian terhadap makhluk ciptaan Allah yg juge sma spertinya..

    Kwn2!kita dpt lihat di cni betapa Islam mmbawa sinar kemuliaan thadap manusia..Islam tdk mmbenarkan sistem kehambaan..kalau kite renung sejenak sejarah dlu, golongan hamba lah yg terlalu ramai mndapat smbutan menerima Islam..kerana hanya Islam yg suci inilah yg tdk mendiskriminasikan manusia mngikut pangkat atau harta..Islam hanya memandang ketakwaan dan ketaatan kepada Allah S.W.T..bersama kita renungkan..

    yang baek dtg dri Allah, yg buruk juga dri Allah tp disandarkan ats kelemahan diri ceepoot sndri..sgale kesilapan arap diperbetulkan :)
    salam ramadhan..

    Thursday, August 20, 2009

    tabah dan istiqamah

    Ketika pembesar kafir Quraisy memusuhi dakwah, serta mengancam untuk menghabiskan nyawa Rasulullah SAW, baginda berkata:

    “Demi Allah, sekalipun mereka dapat meletakkan matahari di samping kananku dan bulan di samping kiriku, agar aku meninggalkan dakwahku, nescaya aku tidak akan berhenti berdakwah dan meninggalkannya sehingga Allah memenangkannya atau aku mati di jalannya.”
    Para sahabat generasi terbaik yang langsung di bawah asuhan madrasah Rasulullah s.a.w, telah meneruskan misi perjuangan rasul mereka. Mereka berdakwah dengan meninggalkan kampung halaman, tanah air, isteri, anak dan harta benda sehingga panji Islam berkibar di seluruh dunia. Kehidupan mereka adalah jihad yang tidak henti-henti dan pengorbanan yang tanpa batas dalam membela Islam.

    Related Posts with Thumbnails
     
    copyright reserved R.I.M.B.A.M.A.Y.A.K.I.T.A 2010