Wednesday, May 13, 2009

HIDUP INI SINGKAT..

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Mengasihani
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w

Alhamdulillah, tiba jugak giliran untuk orkid menulis…ini 1st entry dari orkid.. tp sebelum orkid melangkah lebih jauh, pertama-tamanyer orkid ingin bagitau bahawa orkid bknlah hamba allah yg pandai bermadah atau memblog..ini adelah kali per tame dlm idup, orkid cube nak menulis..doakan orkid supaya jd blogger yang istiqamah ye(hehe.. ade ke?)

Opps.. terpnjang pulak intronyer…hehe..jgn marah..ok, let's begin now..first of all, orkid teringin jugak nk kongsi idea tentang entry yg daa clover leaf post bebaru nie( walaupun sebnarnyer dah agak lambat)..sal tajuk knape RIMBA? Bg orkid, rimba adelah tempat yag sgt tenang dan jauh dari kesibukkan kota( cewwah… ayat skema.. ye la.. kan orkid asal dari sane..kena la promote skit, btul x cik pepatung?)..sebenarnyer, setelah hambir berpuluh taun orkid hidup nie..orkid ade jugk la belajar sal kepentingan rimba nie…dari segi saintifiknyer..rimba nie tempat yng mhasilkan oxygen (ye la dgn bantuan dari kawan2 kte contohnye, cik meranti, clover leaf dan cik lalang jugak..terima kasih sahabat..jasa mu di kenang) dan juga sabagai the best absorber for carbon dioxide.. subhanallah.. hebatnyer ciptaan allah.. betul x kawan2?... tanpe nie semua cmne la hidup kite.. syukur ke hadrat illahi..


Ok.. masuk ke point utama..
Sebenarnyer ade benda yang lebih penting yang orkid nk kongsi dgn kawan2 semua.. nak taw x sal ape? Tunggu....dgr cerita jap ek..

Petang tadi.. orkid terime kunjungan dari cik pepatung.. dan tanpe orkid sedar sebenarnyer petang td Allah nk bg peringatan kt orkid dan mungkin jugak utk kawan2 laen…" salah seorang sahabat perjuangan cik pepatung telah kembali ke rahmatullah..(innalillah hi wa inna ilaihi raji'un)" slps dgr brita tue t'detik kt hati orkid.. aq mcm mane? Panjang lagi ke Allah nk pinjamkn waktunyer kt aq.. terasa cuak plk dgn kelekaan diri..astaghfirullah hal a'zim..same2 kte muhasabah diri..

Jdi, rasenyer korang dah leh agak ape yng orkid nk sampaikan.. tajuk dy adalah psl kematian.. tazkirah yang paling bagus utk kite adelah dengan mengingati mati..betul ke?(betul kn orkid ye lau tersalah).. jd utk entry kali nie orkid just nk kongsi ttg tanda2 kematian..


Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."

Tanda-Tanda Saat Kematian

a) 100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.

b) 60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.

c) 40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.

d) 7 hari : Mengidam makanan.

e) 5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.

f) 3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.

g) 2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.

h) 1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.

i) Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan)
Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.


Terkesan ke? X kisah la lau x terkesan pun, tp sebaik2nyer ambik la iktibar..mgkin tanda2nyer daa ader pd kte..who knows... Sebenarnyer.. de bnyak lagi yg orkid nk kongsi…tp cukupla dulu utk kali nie..

Renung2kan dan selamat beramal..semoga kalian semua sentiasa di berkati Allah..Ameen.

Tuesday, May 12, 2009

Beza ke riya' dengan sum'ah??

Bismillahhirrahmannirrahim…

Apa kabar sahabat2 rimba semua?? Syu akhbarkum??
Harapnya semua sihat2 belaka di bawah lembayung rahmat dan inayah-Nya.

Erm, sebenarnya Si Lalang ada benda nak kongsi dengan sahabat dan pembaca rimba. Tahu tak tentang apa?? [hehe.. mestilah tak tahukan.. sebab Si Lalang tak beritahu…]

Kali ni Si Lalang nak cerita pasal sesuatu yang berkaitan dengan hati. Pernah dengar pasal riak dan sum’ah?? Mestilah pernahkan?? Tahu tak apa beza dia??

Haa.. klu nak tahu, riak ni maknanya, Kita melakukan sesuatu amal Islam tu dengan tujuan memperlihatkan amalan kita kat orang lain. Kalau sum’ah pula, kita buat amal secara bersendirian.. tak de tunjuk2 kat orang, tapi kita cerita pula amalan kita tu kat orang lain.

Nampak dah beza dia?? Dua sifat ni amat dibenci Allah tau! Allah ada sebut dalam Quran yang antaranya ialah dalam surah al-Ma’un ayat 4-6,
“Maka celaka lah bagi orang yang sembahyang. Iaitu orang yang melalaikan solat. Juga orang2 yang menunjuk2 kepada orang lain.”

Dan ayat ke-142, surah an-nisa,
“Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk solat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali.”

Wah, sampai begitu sekali Allah marah kat orang2 yang beramal bukan kerana Allah ni, sampai guna perkataan CELAKA!! Takut tak kawan2 kalau2 kita tergolong dalam golongan itu?? [jom sama2 kita muhasabah… minta dijauhkn dari sifat2 ni… astaghfirullah…]

Tapi Si Lalang faham je.. sebagai manusia biasa kita mesti tak terlepas daripada ada lintasan2 hati yang membisikkan dua sifat ni kan?? Ye lah, kita bukan nabi yang maksum @ dijamin oleh Allah bebas dari dosa. Kita sekadar manusia biasa yang lemah dan tak henti2 pula dihasut syaitan.

Jadi, apa harus kita buat??

Jom kita tajdid@perbaharui niat kita. Segala perbuatan kita hanya kerana Allah ta’ala. Rugilah kalau penat2 beramal, tapi rupanya ditolak. Tak dicatat pun amalan kita tu. Ibarat…
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti, seperti orang yang menafkahkan hartanya karena riya kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah dia bersih. Mereka tidak menguasai sesuatupun dari apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir.” [al-baqarah:264]

Nauzubillahhiminzalik… kemudian, kita banyak2kan beristighfar apabila dibisikkan dua sifat ini. Minta Allah ampunkan dosa kita sebentar tadi. Ingat tau kawan2, jangan putus asa melawan hasutan syaitan ni. Kita khalifah! Kita kuat! Kita mesti usaha kalahkan syaitan2 ini!! Chayok2…

Oh, sebagai penutup, nak kongsi dengan kawan2 rimba satu kata2 ni… “Meninggalkan amalan kerana manusia adalah riya’, melakukan amalan kerana manusia adalah syirik dan ikhlas ialah Allah menyelamatkan kamu dari keduanya.”

Sama2 kita belajar jaga hati ye… salam mujahadah sahabatku~ ^_^

Monday, May 11, 2009

Mari MEnJaDi AnAk sOLeH!!

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Pengasih

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..setinggi2 kesyukuran ke hadrat Ilahi kerna kita sume masih dberi kesempatan merasai nikmat2-Nya..nikmat bernafas hasil kitaran gas kerjasama antara shbt2 tumbuhan dan haiwan..nikmat mndgr kumpulan nasyid murai dan pepatung mengalunkan zikir2 memuji Allah...nikmat kesejukan dan kehangatan dri terbit tenggelamnya sang mentari... nikmat melihat anak2 daun meranti asyik terliuk lentok menari ditiup pawana.subhanallah..agungnya ciptaan-Mu..

Waaa…meranti,dan cik clover leaf masing2 da anta 1st entry mereka.. alhamdulillah ....now is my turn..1st tyme blogging ni! arap sume bley beri tunjuk ajar..ceepoot ni hanye seekor ceepoot..yela xkn ceepoot nk jdik sang gajah plak kn? :)

mother’s day bru blalu..huhu..(tibe2 sayu mngenangkn mak nun jauh di mate tp yg psti amat dkt dihati)..psst..cik clover leaf jgn nanges erk!!sllu clover leaf la yg pling sensitive..hehe..ops tbocor rahsia plak..ceepoot mintak ampun..dri ujung sesungot kendian melalui cengkerang pastu ke ujung ekor..hehe..hmm btol kate meranti 2.sntiase la kite kenang btape sshnye ibu2 kite mngandung,mlhirkan dan mnjage kite..insyaAllah bile kite sllu ingt ibu dan ayah klu terdetik nk buat perkara tdk elok, niat 2 akn tbatal..xsnggop rsenye nk nyusahkan ibu ayah lg..jase yg mreka slame ni pon belom tentu kite dpt bls..hanya Allah sje kite mmpu berdoa..

Dalam surah ah-Ahqaf ayat 15, Allah berfirman :

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya sudah

mengandungnya dengan menanggung susah payah dan melahirkannya dengan

menanggung susah payah. Sedangkan tempoh mengandungnya beserta dengan

tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.”

Syurga itu dibawah telapak kaki ibu yer shbt2 sekalian..

يا رسول الله أردت أن أغزو، وقد جئت أستشيرك, فقالهل لك أم؟ قال: نعم. قال : فالزمها فإن الجنة تحت رجليه

Maksudnya: “Wahai Rasulullah, aku ingin pergi perperang, aku datang untuk meminta pandangan-mu. Nabi S.A.W. bertanya: Apakah kamu mempunyai ibu? Jawabnya: “Ya”. Sabda Nabi S.A.W.: Peliharalah (berbuat baiklah kepada) dia, sesungguhnya syurga berada di bawah dua kakinya.”[13]

So 4 my 1st entry ni ceepoot punye cite pon berkait rapat ngan entry meranti yg bertajuk …………ANAK SOLEH!!g pon liqa’ shbt2 rimba ri2 bru je ckp sal ni.. klu sebot sal anak soleh ni pe yg shbt2 sume bygkn??pernah x dgr lagu anak soleh by unic?

Ceepoot suke sgt lgu 2..ceepoot arap sgt dpt memiliki sume sifat2 ank soleh dlm lgu 2..insyaAllah..sme2 kite berusaha mnjdi lbey baek!jom kite sme2 teroka dan selam sedalam2nye dgn memakai google yg berkualiti ke dlm lagu ni..yallah2!!


Pe yg ceepoot dpt lam lgu ni antara sifat2 anak soleh ialah

1)Taat kepada Allah s.w.t. dan Rasul s.a.w, melaksanakan yang diperintah dan meninggalkan

segala larangan-Nya, serta tidak menyekutukan Allah, secara terang mahupun sembunyi.

2)Taat dan hormat kepada kedua ibubapa, dengan berbakti kepadanya, mengasihi dan mendoakan

kebaikan kepada meraka semasa hidup apa lagi setelah mereka meninggal dunia.

Buatlah yg terbaek kpd ibu bapa masing2..ceepoot suke nk kongsi ngan shbt2 berkenaan dgn hadith ni..betape tingginya darjat amalan berbuat baik kpd ibu bapa ats mizan Allah..

إنِّي خَطَبْتُ امرَأةً فَأبَتْ أن تَنْكِحَنِيْ, وَخَطَبَهَا غَيْرِيْ فَأحَبَّتْ أن تَنْكِحَهُ, فَغِرتُ عَلَيْهَا فَقَتَلْتُهَا, فَهَلْ لِي مِنْ تَوْبَةٍ؟ قال: أُمُّكَ حَيَّةُ؟ قال: لَا, قال: تُبْ إلى اللهِ عَزَّوَجَلّ, وَتَقَرَّبْ إلَيْهِ مَا اسْتَطَعْتَ. قال عطاء من يسار: فَذَهَبْتُ فَسَألْتُ ابنَ عَباسٍ: لمِاَ سَألْتَهُ عَن حَيَاةِ أمِّهِ؟ فقال: إنِّيْ لَا أعْلَمُ عَمَلاً أقْرَبُ إلى اللهِ عَزَّوَجَلَّ مِنْ بِرِّ الْوَالِدَةْ.

Maksudnya: “Aku telah meminang seorang wanita, akan tetapi ia tidak menerima pinangan-ku, kemudian wanita itu dipinang oleh lelaki lain, dan wanita itu menerimanya, maka timbul perasaan cemburu aku terhadap wanita itu, lalu aku membunuhnya. Apakah bagi-ku ada peluang (diterima) taubat? Ibn ‘Abbas bertanya: “(Apakah) Ibu-mu masih hidup?” Jawab lelaki itu: “Tidak.” Kata Ibn ‘Abbas: “Bertaubatlah kepada Allah A.Z.W.J. dan hampirkanlah diri kepada-Nya semampu-mu.” ‘Atho bin Yasar berkata: “Aku pergi bertanya kepada Ibn ‘Abbas: “Mengapa anda bertanya kepada lelaki itu apakah ibunya masih hidup?” Jawab Ibn ‘Abbas: “Sesungguhnya aku tidak mengetahui adanya satu amalan yang lebih hampir kepada Allah A.Z.W.J. lebih daripada berbuat baik kepada ibu.”[4]


Hadith ini menunjukkan kepada kita bagaimana berbuat baik kepada ibu dapat menghapuskan kesalahan yang dilakukan, kerana itu sahabat Nabi S.A.W. Ibn ‘Abbas r.a. bertanyakan keadaan ibu lelaki tersebut apakah masih hidup ataupun tidak, sehingga dia dapat berbuat baik kepada ibunya, seterusnya dapat menghapuskan kesalahan dan dosanya.

3)Memiliki segala sifat mahmudah serta menjauhi segala sifat mazmumah. Antaranya seperti

sabar, syukur, ikhlas, tawakkal, rajin berusaha, dan cekal. Manakala sifat mazmumah yang perlu

dihindari seperti bohong, bakhil, khianat, dan hasad dengki.


hmm rsenye smpi cni sje post ceepoot..bittaufiq tuk yg bakal exam..

ceepoot dgn ini mnyeru shbt2 dan diri ceepoot sndri, marilah sme2 kite berusaha mnjadi ANAK SOLEH dan SOLEHAH!!moga sgle urusan kite dipermudahkan-Nya.. salam ukhuwah!!
~wassalam~

Sunday, May 10, 2009

Perutusan sempena HARI IBU



Assalamualaikum wbt. Selawat dan salam ke ats Rasulullah, nabi junjungan kita.

Shu akhbarukum? Semoga sentiasa di bwh perlindungan dan rahmat Allah.

Buat pendahuluannya, meranti nk bawakan ayat quran ni:


Dan Kami perintahkan kepa
da manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepadaKu lah kembalimu (31:14)

Dah wish mak masing2 sempena Mother’s day? Sebenarnya setiap hari adlh mother’s day..tp x salah rsenye kalau kita jadikan hari ni hari special utk mak kita. Kalau di m’sia, hari ni lah kita belikan hadiah utk mrk, masak utk mrk dsb. Kalau dpt buat tiap2 hari lagi bagus!

Alhamdulillah. Terima kasih Allah ats pengurniaan mak kita. Sampai sekarg, kita masih ada mak di sisi. Mak telak berjaya mendidik kita sehingga kita mampu menjadi sebagaimana kita sekarang. Sampaikn ucpn salam dan tahniah meranti pd mak masing2 ye. Pandai mereka didik! Semuanya baik2 belaka! Hee~

Di kesempatan ni, meranti nak ajak kita semua berfikir sejenak. Mak kita tlh berjaya menjalankan tanggungjawab mrk, tp..…..bagaimana kita pula nanti???


Agaknye apalah nasib anak2 kita dapat mak mcm kita? Adakah kita berjaya membina individu2 muslim yang diperlukan umat islam kini? Kita mahukan anak kita untuk menjadi lebih baik dari kita…maka kita perlulah menjadi yang terbaik dahulu.

Kita nak ajar anak kita mengaji AQ, maka kita perlulah membetulkan bacaan kita dahulu. Kita mahu anak2 kita menghafal AQ, maka kita perlulah mula menghafal sedikit demi sedikit dari skrg. Kita mahu anak2 kita jadi rajin…maka kita perlulah rajin terlebih dahulu! Hee~

Utk menjadi seorg mak yg ‘tip-top’ bukanlah mudah. Ianya memerlukan proses yg lama, panjang dan berterusan…. Itulah proses Tarbiyah, iaitu apa yg kita sdg lalui skrg. (Semoga Allah thabatkn kita di ats jln ini. Amin)



Kitalah bakal2 ibu yang diperlukan Islam utk melahirkan kader2 islam! Kitalah bakal ibu yang akan melahirkan anak2 yang akan meneruskan rantai2 perjuangan! Kitalah bakal2 ibu yang akan menjadikan rumahtangganya sebagai rumahtangga islam yg menjadi qudwah kpd keluarga lain. Alangkah indahnya baitul muslim yang snts disinari dgn cahaya Islam. Mereka solat berjemaah bersama, membaca mathurat bersama, saling menasihati, anak2 menghormati ibu bapa dsb.

''Setiap anak itu dilahirkan di dalam keadaan yang suci (fitrah)). Ibu bapanyalah yang akan menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi''.


Apabila makin banyak baitul muslim, akan terciptalah masyarakat muslim, kerajaan islam, negara islam. Dan ketika itu sinar islam akan memancar terik. Islam akan menang. Itu janji Allah.

Inilah jalan yang Rasulullah tunjukkan kpd kita. lihatlah bagaimana Rasulullah berjaya mentarbiyah para ibu pada zaman dahulu. Rasulullah Mereka mampu melepaskan anak2 dan suami ke medan perang. anak2 juga menghafal AQ dan hadith2 sejak kecil. Hebat kan… (terase meranti sgt lemah…nk fly pn nanges2...ish3~ )

Maka, marilah sama2 kita bermujahadah memperbaiki diri.tpi jgn salah niat pula ye…bukan lah kita nak jadi baik sbb anak2, tp kerana itulah jalan utk mcpi mardhotillah. Oklah. Nk berenti takat ni je. Maaf kalau entry ni pening2 sket. Idea dtg scr tibe2 dn nak kejar mase.

Rindu semua.

wasalam

Related Posts with Thumbnails
 
copyright reserved R.I.M.B.A.M.A.Y.A.K.I.T.A 2010