Wednesday, September 9, 2009

Laylatul Qadr






إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ في لَِيْلَةِ الْقَدْرِ۝ وَمَا أدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ۝ لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ۝ تَنَزَّل الْمَلاَئِكَةُ وَالرُّوْحُ فِيْهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ۝ سَلاَمٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْر




Beberapa hadith sahih mengenainya:


“Carilah Lailah al-Qadr itu pada malam-malam ganjil di sepuluh terakhir Ramadhan”
HR Bukhari dan Muslim


“Barangsiapa yang beribadat pada malam Lailah al-Qadr, atas dasar keimanan dan pengharapan, nescaya di ampunkan dosanya yang telah lalu”


“Sesungguhnya Nabi s.a.w apabila telah masuk 10 –iaitu 10 terakhir dari bulan Ramadan-, Baginda akan mengetatkan tali pinggangnya dan menghidupkan malamnya serta mengejutkan ahli keluarganya.”
[Riwayat Bukhari]



kt perlukan persiapan yg rapi utk menemui Lailatul Qadr, sama spt kita bertungkus lumus utk menghadapi sesuatu yg besar dlm hidup. eg. SPM, final exm, interview utk dpt kerja/naik pangkat, kawen, dpt anak etc.
Maka, mmg sgt perlu la utk kt sgt2 bersedia utk malam yg lebih baik drpd 1000 bulan, umur kt pun pasti x menjangkaunya! Bonus dr Allah utk dpt pahala sebyk2nya!!!!

persiapan zahiriah


1. Mengurangkan makan dan minum

Kerana ia akan menyebabkan mengantuk dan banyak tidur.

Seorang sufi menasihati muridnya,

“wahai muridku, janganlah makan berlebihan,jika kamu berbuat begitu,

ia akan menambahkan tidurmu dan kamu akan menyesali ketika maut tiba”.

2. Tidak melakukan kerja-kerja yang terlalu berat

(bukan bermakna tidak bekerja keras)kerana ia juga menyebabkan banyak tidur.


3. Melakukan Qailulah

tidur sekejap di waktu siang -(terutamnya sebelum waktu zohor).Sebagai amal sunah untuk bangun dimalam hari.


4. Tidak melakukan sebarang dosa di siang hari kerana ia akan mengeraskan hati dan menyekat Rahmat Allah.



Persiapan jiwa


1. Bersihkan diri daripada;

i. Kebencian terhadap saudara seagama,

ii. Hindarilah bid’ah (perkara baru dalam agama)

iii. Kurangkan kebimbangan terhadap kehidupan dunia ini kerana kesannya membuat hati merasa berat untuk bangun malam dan akan datang mengganggu di waktu solat


2. Hiasi diri dengan sifat takwa.

Kerana apabila hati hangat mengingat kedahsyatan azab api neraka, takut dan gerun, dengan mudah ia akan terdorong untuk bangkit dari tidurnya untuk megerjakan Qiamullail.


3. Mengetahui kelebihan-kelebihan dan keutamaan-keutamaan qiam al-lail serta ganjaran dan kedudukan disisi Allah bagi orang yang melakukannya kemudian berazam untuk melakukannya.


4. Menghidupkan rasa cinta Allah






jom sama2 kita hidupkan mlm2 terakhir ramadhan. mungkin ini peluang terakhir kt utk menebus sgl dosa. kt seringkali inginkan yg terbaik dlm kehidupan dunia, tp mengapa tidak utk akhirat yg kekal abadi. Smg berjaya~


Smg allah menerima segala amalan kita. Amin Ya Rabb

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
copyright reserved R.I.M.B.A.M.A.Y.A.K.I.T.A 2010