Bismillahirrahmanirrahim..
~Penapisan di mana-mana..
Kita dulu selepas UPSR, jika dapat 5A, baru dapat masuk sekolah kawalan negeri.. Lepas tu lalui PMR, nak dapatkan 9A untuk masuk SBP, SPM pula kena cemerlang untuk memohon biasiswa JPA contohnya..
Selepas berjaya melalui tapisan temuduga barulah melayakkan diri ke Jordan University Of Science And Technology..
Exam~ hanya yang betul-betul melepasi tapisan dan mendapat markah yang tinggi baru berjaya mendapat Dean's List, dan hanya yang benar-benar hebat barulah beroleh President's List..
Hanya 'Cream of the Cream'...
Itu hanya tapisan dari segi akademik..
~Mari menyingkap sejarah yang tidak asing bagi kita... Kisah Talut dan tenteranya untuk melawan Jalut..
Maka ketika Talut membawa bala tenteranya, dia berkata, “Allah akan menguji kamu dengan sebuah sungai. Maka barang siapa meminum (airnya), dia bukanlah pengikutku. Dan barangsiapa tidak meminumnya, maka dia adalah pengikutku kecuali menceduk seceduk dengan tangan.” Tetapi mereka meminumnya kecuali sebahagian kecil dari mereka. Ketika dia(Talut) dan orang-orang beriman bersamanya menyeberangi sungai itu, mereka berkata, “kami tidak kuat lagi pada hari ini melawan Jalut dan bala tenteranya.” Mereka yang meyakini bahawa mereka akan menemui Allah berkata, “betapa banyak kelompok kecil mengalahkan kelompok besar dengan izin Allah.” Dan Allah beserta orang-orang yang sabar.(Al-Baqarah:249)
Mula-mula kumpulan tentera yang ramai itu menjadi sedikit kerana tertapis dengan ujian air.. Dan kemudiannya berlaku pula tapisan kedua apabila daripada kumpulan tentara yang sedikit itu, sebahagian dari mereka timbul rasa gerun dan lemah untuk menghadapi musuh kerana bilangan mereka yang sedikit..
Yang tinggal untuk berjuang hanyalah mereka yang benar-benar beriman kepada janji Allah iaitu Imanul Amiq..
Hanya ‘Cream of the Cream’…
~Mekah
Ketika bermulanya seruan kepada Islam secara jahr daripada Rasulullah SAW, maka bermulalah episod penyiksaan kepada para sahabat... tapi sahabat tetap teguh dan thabat dengan keimanan mereka..
Mereka berjaya melepasi tapisan itu.. dan merekalah yang akhirnya menjadi pendokong utama Islam sehingga meluasnya aqidah mentauhidkan Allah ini..
Merekalah 'Cream of the Cream'...
Sudah tentu dalam kita melaksanakan tugas sebagai khalifah di muka bumi ini, kita juga akan ditapis.. Ditapis oleh Pemilik Segala Tarbiyyah, Allah SWT..
Firman Allah SWT yang bermaksud,
Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?, (Al-Ankabut:2)
Soalnya, adakah kita akan menjadi orang yang tertapis atau orang yang melepasi tapisan tersebut?
Kerana hanya orang yang benar-benar berkualiti sahaja yang akan terus bertahan..
Hanya 'Cream of the Cream'...
Ya Allah yang membolak-balikkan hati, thabatkan kami pada jalan ketaatan padaMu, dan tetapkan kami untuk jihad pada jalanMu... Amin..
Tuesday, July 27, 2010
Hanya 'Cream of the Cream'
Posted by clover leaf at 5:58 AM 0 comments
Sunday, July 4, 2010
Nak tumpang bercerita kat sini OK tak?
"Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain, kecuali mereka yang bertaqwa." (az-zukhruf:67)
~Semoga ukhuwah kita disandarkan pada pencarian redha Allah SWT..
Waktu tu exam.. baca buku tapi mata kuyu.. huish- tiba-tiba..
KRING 3X... phone bunyi- angkat - murobbiah telefon..
"Assalamualaikum... CL, apa khabar?"
"Waalaikumussalam.. Alhamdulillah.. khabar baik.."
"akak saje je telefon CL nak bagi semangat kat CL.. moga CL terus usaha kerana Allah.. ingat lagi tak, kita belajar bukan kerana ditarik oleh kejayaan tapi kerana Allah perintahkan kita untuk berusaha sehabis baik.. so,bittaufiq wan najah ye!!"sapa suara yang dirindui itu lembut..
Kepala mengangguk keharuan- lupa murobbiah tak nampak..
"akak, tq sangat-sangat.. huhu. ni yang terharu nih.. sayang akak lebih la.."
"eh, bukan apa-apa pun.. akak cuma nak dengar suara CL je.. Akak pun dapat semangat dengan semangat CL jugak"
"akak, bittaufiq jugak yer untuk exam akak esok.."
Tak sampai 5 minit, telefon diletakkan semula.. mungkin murobbiah tak nak CL rasa terganggu.. tapi, percayalah itu pun dah lebih dari cukup untuk buat CL rasa bersemangat...
So,disebabkan CL rasa best dapat recharge semangat, CL pun try la apa yang murobbiah buat..
CL telefon ukhti Nur _ _ _ ,"Assalamualaikum.. apa khabar? kita saje je telefon awak nak ucap bittaufiq wan najah.. moga terus bersemangat ye usaha kerana Allah.. yosh!!!"
secara jujur CL x tau apa perasaan ukhti tu, tapi CL rasa best..
Memang betul, kalau masa imtihan, musti banyak terima mesej doakan kejayaan dan memberi semangat.. ada panjang dan ada ringkas.. bagus-bagus..
Harap tiada yang rasa bosan dengan semua ni kerana ini antara cara luahkan sayang..=)(malu la plak)
"apabila seseorang mencintai saudaranya, maka hendaklah dia memberitahu saudaranya itu.." Hadith Riwayat Abu Daud dan Tirmizi
p/s: I've try it.. feel nice.. why don't you try it too.. ^_^
Posted by clover leaf at 7:05 PM 2 comments