Sunday, July 4, 2010

Nak tumpang bercerita kat sini OK tak?

"Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain, kecuali mereka yang bertaqwa." (az-zukhruf:67)

~Semoga ukhuwah kita disandarkan pada pencarian redha Allah SWT..

Waktu tu exam.. baca buku tapi mata kuyu.. huish- tiba-tiba..

KRING 3X... phone bunyi- angkat - murobbiah telefon..

"Assalamualaikum... CL, apa khabar?"

"Waalaikumussalam.. Alhamdulillah.. khabar baik.."

"akak saje je telefon CL nak bagi semangat kat CL.. moga CL terus usaha kerana Allah.. ingat lagi tak, kita belajar bukan kerana ditarik oleh kejayaan tapi kerana Allah perintahkan kita untuk berusaha sehabis baik.. so,bittaufiq wan najah ye!!"sapa suara yang dirindui itu lembut..

Kepala mengangguk keharuan- lupa murobbiah tak nampak..

"akak, tq sangat-sangat.. huhu. ni yang terharu nih.. sayang akak lebih la.."

"eh, bukan apa-apa pun.. akak cuma nak dengar suara CL je.. Akak pun dapat semangat dengan semangat CL jugak"

"akak, bittaufiq jugak yer untuk exam akak esok.."

Tak sampai 5 minit, telefon diletakkan semula.. mungkin murobbiah tak nak CL rasa terganggu.. tapi, percayalah itu pun dah lebih dari cukup untuk buat CL rasa bersemangat...

So,disebabkan CL rasa best dapat recharge semangat, CL pun try la apa yang murobbiah buat..

CL telefon ukhti Nur _ _ _ ,"Assalamualaikum.. apa khabar? kita saje je telefon awak nak ucap bittaufiq wan najah.. moga terus bersemangat ye usaha kerana Allah.. yosh!!!"

secara jujur CL x tau apa perasaan ukhti tu, tapi CL rasa best..

Memang betul, kalau masa imtihan, musti banyak terima mesej doakan kejayaan dan memberi semangat.. ada panjang dan ada ringkas.. bagus-bagus..

Harap tiada yang rasa bosan dengan semua ni kerana ini antara cara luahkan sayang..=)(malu la plak)

"apabila seseorang mencintai saudaranya, maka hendaklah dia memberitahu saudaranya itu.." Hadith Riwayat Abu Daud dan Tirmizi

p/s: I've try it.. feel nice.. why don't you try it too.. ^_^

2 comments:

Anonymous said...

haah...mmg best saat down sorang2 dlm bilik pulun study..ada msg2 memberi smgt dr akhawat tersyg!

sungguh aku bersyukur pada Allah ats pinjaman ini!

clover leaf said...

Alhamdulillah.. :D

Related Posts with Thumbnails
 
copyright reserved R.I.M.B.A.M.A.Y.A.K.I.T.A 2010