Wednesday, June 16, 2010

The Lion King


“Wahai penghuni RMK dan sahabat-sahabat sekalian, bangkitlah semua bangkitlah.. Kini sudah tiba musim panas.. bukan lagi masa berhibernasi..” seru sehelai daun yang bergelar Clover Leaf di tengah rimba kepada semua.. (tak bolehlah nak menjerit nanti dapat pangkat Tarzanah pulak ^_^)

~telah tamat waktu tidurku….

Exam datang dan pergi tapi itu semua hanya beberapa percent dari kehidupan kita.. cukupkah itu preparation kita untuk bahagia di dunia abadi?

~intro je baru


Sebenarnya ada satu cerita hot sedang melanda hutan2 yang lain…

~CERITA TENTANG SINGA


Singa yang populasinya semakin bertambah sekarang. Sudah tentu singa ni merupakan species yang sama dengan singa yang dulunya bergelar THE LION KING yang pernah menguasai hutan rimba ni.. (kiranya anak pinak singa lama ni jugak la).


Tapi, entah kenapa anak singa ini(kini telah dewasa) gayanya tak tumpah seperti kijang yang pengecut.. malah selalu sahaja ada yang menyaksikan apabila singa ini disuruh dengan lemah lembut supaya memasuki perangkap pemburu, dia akan menurutinya.. entah kenapa..


Dan kelihatannya singa ini suka diperhinakan begitu.. dia gembira di dalam perangkap itu..


Mungkinkah singa ini sudah lupa dia ada tugas. Kerana itulah dia digelar raja rimba..

Firman Allah SWT:

“Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud)….”

(Surah al-Mukminun:115)


Mungkinkah rimba ini kelihatannya terlalu indah dan permai sehingga singa ini tak nampak tugasnya sebagai raja rimba.. benarlah singa ini sudah terleka dengan rimbawi..


Duhai singa, kembalilah kamu kepada sifat sebenarmu yang berani, bersatu dalam kumpulan, aktif dan berhentilah kamu menjadi singa yang pengecut dan asyik bermain-main.. Tempat kamu bukan rendah martabatnya.. Kamu diciptakan sebagai golongan yang kuat dan istimewa..

JALANKANLAH TANGGUNGJAWABMU…

Sahabat-sahabat sekalian, awas kerana singa species ini mungkin ada di sekeliling kita atau secara tidak sedar mungkin kita sendiri merupakan singa tersebut…

~Bangkitlah wahai jiwa pemuda Islam.. Pesanan ini CL tuju khas buat individu yang menaip ini.. dan umumnya untuk semua.. =)


p/s: ini adalah analogi semata2,andai kurang faham atau kurang setuju, boleh la komen yer..

1 comments:

clover leaf said...

maaf, lupa pulak tulis:

boleh la rujuk buku Al-Muntolaq Bab1: Kita Menolak Hawa Nafsu

Related Posts with Thumbnails
 
copyright reserved R.I.M.B.A.M.A.Y.A.K.I.T.A 2010