Monday, May 17, 2010

BiLa TerInGAt TenTAnG Dia..

Saat terindah sudah tentu saat bersama Pencipta kita.. maka saat bersama al-Quran di mana kita tenggelam dalam kenikmatan maknanya yang tersurat dan tersirat menjadi saat yang amat dirindui..



CL pasti saat itu juga, iman yang kering sebelum itu mula disiram dan dibajai kembali...


"Sesungguhnya orang2 yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat2Nya kepada mereka, bertambah kuat imannya dan hanya kepada Allah mereka bertawakal.."
(al-Anfal:2)





Seorang akhawat pernah ditanya oleh rakannya, "abes tu, macam mana dengan orang yang baca al-Quran tapi, tak memahami maknanya? bacaannya jadi sia2 ke?"


Subhanallah! Maha Suci Allah.. sudah tentu mukjizat al-Quran yang sangat indah ini tidak terhad..


Bukankah mendengar bacaan al-Quran sahaja sudah cukup menenangkan, inikan pula membaca kalamullah itu sendiri..


Analogi menarik:


Pada suatu petang kelihatan seorang ibu dan seorang anak sedang menyusuri sungai.. tiba-tiba mereka terjumpa satu bekas yang sangat kotor. Mungkin telah lama dibuang..


Si ibu berkata kepada anaknya, " anakku, bolehkah kamu mengisi bejana air kita? ceduklah air dengan bekas yang kita jumpa ini.."


Anak yang taat itu menuruti kata ibunya.. Ditakdirkan bekas itu bocor.. "Wahai ibu, bekas ini bocor..." kata si anak.
"Teruskan anakku, teruskan..." Beberapa kali cuba diceduk air dengan bekas yang bocor itu, tetapi, si anak tidak berjaya memenuhkan bekas tersebut..


"Ibu, apakah sebenarnya yang ibu mahu saya lakukan?" tanya si anak lembut setelah hampir berputus asa.
Si ibu dengan tenang berkata,"cuba lihat pada bekas itu..
Subhanallah! benarlah bekas bocor itu sudah bersih daripada kekotoran sebelum itu...
Hati kita umpama bekas yang kotor itu.. air itu pula umpama bacaan al-Quran..Bekas itu mungkin tidak dapat digunakan utk mencedok air, tetapi air yang melalui bekas itu dapat membersihkan bekas tersebut..

Hati mungkin memahami sedikit atau tidak faham langsung ayat-ayat al-Quran tetapi, hati tetap dapat dijaga dengan bacaan al-Quran.. Wallahua'lam..
Tetapi sejauh mana pula kita mahu meletakkan diri kita? Bukankah kita mendambakan syurgaNya yang terkenal dengan kemahalannya? Bukankah kita bercita-cita untuk menggapai redhaNya?
jadi, adakah kita mahu menjadi orang yang meraba-raba dalam kegelapan sedang di tangannya ada lampu suluh?
~mari khusyuk menghayati kalamNya~


3 comments:

::hUd-hUd:: said...

speselnye Quran sebab Allah tarik perasaan boring bila bace..
subhanaLlah:):)

pepasir pantai putih (3P) said...

Hati unsur terpenting manusia, kl xde hati maka manusia hilang fungsinya.Begitu jg kl manusia tu x de akal(atau ada akal tp x m'gunakannya).

Pasir teringat satu kata-kata bermakna yg sgt dlm seorang sahabat,Ibnu Rawahah r.a yg dilakarkan dalam buku 'almuntalaq', "Marilah kita beriman sejenak. Sesungguhnya hati lebih cepat berbolak-balik drpd isi periuk yg sdg m'gelegak."

Perlu m'jg hati sgt2, dgn bykkan berzikir,bc Quran dan m'ngingati tuhan.

p'binaan diri
3P

clover leaf said...

2 hud-hud: subhanallah.. alhamdulillah dengan nikmat al-Quran

2 3P: hati... hati...

teringat satu kata2: hidup ini hanya 2, lalai atau zikrulllah, zikrullah itu bukanlah sekadar ucapan subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar tapi ialah hadirnya Allah dalam setiap perbuatan dalam hidup kita..

Related Posts with Thumbnails
 
copyright reserved R.I.M.B.A.M.A.Y.A.K.I.T.A 2010