Sunday, August 8, 2010

Kesan 'Kesan Tarbiyah'

Bismillahirrahmanirrahim..

CL mulakan dengan cerita di suatu petang.
CL: Wa.. syukran ukhti.. sebab datang tolong saya..
Ukhti: Eh.. takpe jer.. CL kan sahabat ana..
CL: Ukhti ni memang suka tolong orang ke?
Ukhti: Hm.. ana bercita-cita untuk jadi macam tu.. sebab ana ni dulu sebenarnya anti-sosial. Buku bio dan add math tu la sahabat karib ana.. Alhamdulillah sekarang ana dah sedar selain jaga hubungan baik dengan Allah, dengan makhlukNya pun kena baik juga..
CL: :D

CL terfikir.. Subhanallah rupanya benar tarbiyah itu sifatnya mengubah.. Tarbiyah telah mengubah Ukhti daripada seorang yang hanya bantu-membantu dengan buku :P kepada turut bantu-membantu sesama manusia..

Uji kaji dijalankan.. ^_^

CL: Kak Nini, apa yer yang tarbiyah dah buat pada akak? He2 saja tanya..
Kak Nini: dulukan akak ni cepat je naik angin kalau ada yang buat akak terasa hati.. Alhamdulillah, sekarang akak dah belajar berlapang dada dan berfikiran rasional sebelum buat apa-apa..
CL: ^_^ misi selesai!

Sah.. tarbiyah boleh mengubah seseorang itu menjadi lebih baik jika benar-benar berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah..

Mari menyelusuri tarbiyah yang mengubah insan teragung, Nabi Muhammad SAW..
Selepas turunnya wahyu yang pertama yang tidak pernah tersangka-sangka oleh baginda iaitu surah al-‘Alaq ayat 1-5, maka bermulalah saat-saat perubahan dalam kehidupan Rasulullah SAW..

Daripada seorang yang sering berkhalwat seorang diri di Gua Hira’, baginda mula menjadi seorang pejuang kebenaran sehingga apabila dipujuk kepadanya untuk meninggalkan kerja-kerja menyeru manusia pada ketika itu, Rasulullah SAW dengan tegasnya mengatakan “Kalau mereka meletakkan matahari di sebelah kananku dan bulan di sebelah kiriku supaya aku meninggalkan urusan ini, sekali-kali aku tidak akan meninggalkannya, sehinggalah Allah memenangkannya atau aku binasa kerananya”...

Daripada seorang kerabat Quraisy yang disegani, kemudiannya menjadi orang yang dilayan asing seolah-olah hilang kemuliaannya pada mata kaum Quraisy pada waktu itu..

Dari manakah Rasulullah SAW mendapat kekuatan demi kekuatan untuk menghadapi semua itu?
Tentulah daripada tarbiyah Allah SWT..

Maka, suka CL untuk mengajak semua kita mengesan kesan tarbiyah pada diri kita.. Bukan untuk bermegah ataupun riak, jauh pula untuk mengenang kembali zaman jahiliyyah yang memalukan..
Cuma sekadar untuk bermuhasabah diri sejauh mana kita sudah berubah dengan tarbiyah...

Andai sudah banyak, maka untuk mensyukurinya dan untuk menjadi pembakar semangat di kala datang lelah agar jauh dari futur..
Andai masih sedikit, maka untuk mengenang bahawa sepatutnya tiada istilah berada di takuk lama dalam tarbiyah kerana tarbiyah itu sifatnya mengubah seseorang menjadi lebih baik jika benar-benar berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah..

Beberapa hari lagi, insyaAllah merupakan ketibaan bulan mulia, Ramadhan, iaitu bulan tarbiyah..

Suka lagi sekali CL nak mengajak kita sama-sama mengesan kesan tarbiyah Ramadhan kita yang lepas kepada hidup kita sehinggalah dikurniakan nikmat oleh Allah untuk sekali lagi memasuki madrasah tarbiyah ketaqwaan ini.. agar kita sentiasa berusaha untuk merasai perubahan yang dibawa oleh tarbiyah pada diri kita kerana kita memerlukan perubahan kepada kebaikan itu untuk terus mengejar mardhatillah..

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
copyright reserved R.I.M.B.A.M.A.Y.A.K.I.T.A 2010