Tuesday, May 19, 2009

Bila Rumah kata Pergi Kubur kata Mari

Haaa fuhh!!
Kasi tiup itu sawang...

Taip delete taip delete sampaikan dah berhabuk entry ni tersimpan dalam draf.. Hehehe..minta maaf ye rakan-rakan rimba sekalian sebab lambat pengepostkan (dengan muka bersalah..)

Assalamualaikum w.b.t

Bercakap mengenai mati. Mati adalah satu lumrah kehidupan. Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Tidak ada yang kekal selamanya or 'immortal' melainkan ALLAH. Sentiasa mengingati mati pasti akan membuatkan manusia lebih takut untuk melakukan kejahatan. Tapi manusia mudah lupa akan semua ini kerana leka dengan keseronokan dunia dan juga dari bisikan syaitan. Kalau entry daripada Orkid Liar mengenai tanda-tanda kematian, Cik Pepatung nak kongsi pasal gangguan syaitan ketika menghadapi SAKARATULMAUT yakni ketika nyawa sudah berada di kerongkong.

Iblis dan Syaitan akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika SAKARATULMAUT. Syaitan mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 rombongan.


Rombongan 1


Syaitan datang dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Syaitan itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Maka matinya itu dalam keadaan lupa kepada Allah.


Rombongan 2


Syaitan menjelma dalam rupa binatang yang di takuti seperti, harimau, singa, ular dan kala yang berbisa. Apabila yang sedang di dalam sakaratul maut itu tengok kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Ketika itu putuslah nyawa itu dari badannya, dan matinya disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah s.w.t.


Rombongan 3


Syaitan datang mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang itu berminat dengan burung, maka menjelma jadi burung, dan jika dia minat dengan kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan kuda lumba (judi).


Jika dia minat dengan dengan pepatung, maka dirupakan dengan pepatung itu. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan dia mati masa itu, maka matinya dalam keadaan yang lalai kepada Allah.


Rombongan 4


Syaitan rombongan ini merupakan rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati itu, contoh macam musuhnya ketika hidupnya dahulu. Maka jika orang itu hendak melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya dan masa itu juga maut pun datang dan matilah dia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya.


Rombongan 5


Syaitan pada masa ini merupakan rupa sanak-saudara seperti ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambilnya dan syaitan itu berkata sambil merayu,


"Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi berpisah dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga."


Jika dia mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi dan dia pun mati pada saat itu juga, matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.


Rombongan 6


Syaitan menjelma sebagai ulama2 yang membawa banyak kitab, lalu berkata,


"Wahai muridku, sudah lama kami menunggu akan kamu, berbagai ceruk kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, Oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu."


Lalu diminumnya ubat, itu dan hilanglah rasa sakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Syaitan yang menyerupai ulama dengan berkata:


"Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?"


Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut:


"Aku tidak tahu."


Berkata ulama:


"Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulama yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah s.w.t. hendaklah kamu patuh kepada kami."


Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam syurga palsu yang dibentangkan oleh Syaitan bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut. Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulama palsu:


"Bagaimanakah Zat Allah?"


Syaitan merasa gembira apabila jeratnya mengena. Lalu berkata ulama palsu:


"Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu".


Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi. Berkata Syaitan:


"Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah."


Berkata orang yang dalam sakaratul maut:


"Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya. Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini."


Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.


Rombongan 7


Rombongan Syaitan yang ketujuh ini adalah syaitan yang terdiri dari 72 barisan. 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad s.a.w. bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat. Ketahuilah bahawa Syaitan itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang berlainan di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Syaitan dan Iblis yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut.
Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud:


"Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah."


Subhanallah. Itulah dia syaitan. Terus menerus mengganggu manusia sehingga sampai ke saat2 kematian pun masih tidak berputus asa. Cik Pepatung teringat pula kata2 daripada Imam Al-Ghazali iaitu:


“Demi Allah, seandainya jenazah yang sedang kalian tangisi boleh berbicara sekejap, lalu menceritakan (pengalaman sakaratul mautnya) pada kalian, niscaya kalian akan melupakan jenazah tersebut, dan mulai menangisi diri kalian sendiri”.


Wallahualam….Semoga dapat dijadikan iktibar.


1 comments:

clover leaf said...

terkesan.. maka selalulah berdoa agar dimatikan dalam keadaan husnul khatimah.. dan doa bukan sekadar doa dan lalai pada waktu lainnya.. ttp, doa dan disertakn amalan untuk persediaan mghadapi kematian.. WALLAHUA'LAM...

Related Posts with Thumbnails
 
copyright reserved R.I.M.B.A.M.A.Y.A.K.I.T.A 2010