bismiLlah~
rasanya tak terlambat lagi hud-hud nak ucapkan ahlan wa sahlan kepada sume yang membace. Sem0ga dengan kehadiran RMK ni akan bawa kita lebih dekat denganNya. Sama2 kita ambil manfaat ye!
S0ifi datang lagi. Alhamdulillah. Lengkap sudah satu kitaran tahun arba3ah fasl (4 musim). Hud-hud teringat waktu mula2 datang Jordan. Waktu tu masih dalam s0ifi. allahu Akbar. Hebat cabaran hud-hud dan kawan2 lalui. Dahlah baru nak settle d0wn kat sini, kena pulak puasa Ramadhan dengan cuaca yang sangat panas. Telur dalam p0ket p0n b0leh masak.hehe.. dgn berbekal sunbl0ck SPF 30, kami tabahkan diri. Kami yg masih kanak2 dumex kat bumi anbiya’ ni belajar menyesuaikan diri..hehe..
Akhir n0vember. Awan mula memunculkan diri. Alhamdulillah ade la penapis bahang matahari drpd sampai direct kat bumi. Simb0lik bermulanya kharif(autumn) yang menjadi penghubung dgn syita’(winter).
Disember. Tanah yang gersang diserikan dgn kehijauan rerumput. Petanda datangnya syita’. View drpd dlm bas otw nak gi jami3ah sangat best. Hijau je sume. Apakah yang lebih hebat drpd pujian kepada Allah. subhanaLlah.
Kita lihat peralihan musim dengan susunan yg sangat menarik. soifi dengan panasnya yang xde tapis2. Menyusul kharif menyederhanakan suhu bumi dan meluruhkan dedaunan. Taktala sume p0kok dah b0tak tak berdaun, syita’ pulak ambil alih. Dengan suhu bawah takat beku, malam jadi panjang, siang pendek. Rabii’ pulak kita disajikan dengan bunga2 yang tumbuh meliar. Di mana ade tanah di situ ade bunga. Hati pun terasa kembang berbunga2 je..ewwah~
Selain kejadian empat musim yang kita dah belajar sains sek0lah rendah dulu, banyak lagi fakta2 sains atau kejadian yang kita b0leh sebut.
Siang dan malam silih berganti. Titik.
Manusia diciptakan daripada cell yang kecik. Titik.
P0kok yang tumbuh dari biji+baja kecik.titik.
Kalau kita hanya belajar dan menerima input dalam kepale hanya sampai ‘titik’ maka kita dah campak diri kita dalam g0longan yang rugi. J0m fikir+renung lagi sekali! Siapa lagi yang mampu kawal semua ni kalau bukan Allah rabbul ‘Alamin.
Hmmm, pernah dengar tak اول الدين معرفة الله :. ‘Awal2 agama tu ialah dengan mengenali Allah’. Camne pulak nak kenal Allah? Kita diajar supaya selalu merenung dan berfikir tentang kekuasaan ciptaanNya. Tak kiralah dari sekecil2 semut hinggalah sebesar2 galaksi.
“Allah meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy. Dia menundukkan matahari dan bulan; masing-masing beredar menurut waktu yang ditentukan. Dia mengatur urusan (makhluk-Nya), dan menjelaskan tanda-tanda (kebesaranNya), agar kamu yakin akan pertemuan dengan Tuhanmu. Dan Dia yang menghamparkan bumi dan menjadikan gunung-gunung dan sungai-sungai di atasnya. Dan padanya Dia menjadikan semua buah-buahan berpasangan. Dia menutupkan malam kepada siang. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berfikir.” (Ar-Ra’d:2-3)
Kejadian siang dan malam yang datang silih berganti berlaku SETIAP hari. Tak pernah pulak malam ‘merajuk’ tak nak ikut perintah Allah lalu jadilah 24 jam siang. Tak pernah sama sekali! SubhanaLlah~
Kejadian manusia yang sangat unik. Diciptakan dengan sangat k0mpleks bermula dari air mani yang hina. Tapi membesar jadi ciptaan yang Allah galaskan tugas mengamankan bumi. Itu belum cerita sistem pengaliran darah dlm badan, sistem pernafasan, dan segala sistem yg menggerakkan badan. SubhanaLlah~
Bila tukang kebun nak tanam pokok, mesti tabur benih banyak2 sebab di0rang pun tau yang k0npem tak sume akan menjadi. Cuma Allah je yang tau benih mana akan tumbuh jadi p0kok. Hah, teng0k… tukang kebun pun xde ilmu yg kecik macam tu. SubhanaLlah~
Siapa lagi yang mampu menggerakkan semua ini kalau bukan Allah rabbul ‘alamin. Semua termasuk dalam ilmu+kekuasaan Allah yang sangat luas. Semuanya dalam kuasa+genggamanNya. Semua taat mengerjakan perintah Allah. Hud-hud terasa malu bila fikir yang dalam sehari, salu je terleka dari ingat Allah, sedangkan hud-hud dikelilingi makhluk2 Allah yg bertasbih x putus2..
Senang2 je Allah nak bagi pahala kat kita. T0leh keliling, sebut SubhanaLah. ingat tau.. dalam ayat tadi Allah sebut 'bagi 0rang2 yang berfikir'... jadi, kalau tak fikir tak dapatlah nak figure them as Allah's creati0ns..
Segala yang ada di bumi ni Allah ciptakan sebagai nikmat untuk kita. Adakah kita akan lebih bersyukur dan patuh pada Allah atau sebaliknya? Fikir2kan dan timbang tarakan iman kita. J0m k0reksi diri sucikan hati!
Thursday, May 21, 2009
kenali Tuhanmu~
Posted by ::hUd-hUd:: at 12:57 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Alhamdulillah malam tak reti nak merajuk..
kalau tidak jenuh gak nk memujuk.. hehhe~
subhanallah... hebatnya Allah!!
Post a Comment