Assalamualaikum w.b.t
Harini 16 April 2010.. kalendar masihi..
Kalau bulan islam berapa haribulan?
Hah jawab! :P
(Tak aci oh kalau tgk kat sidebar sebelah >.<)
Kalau bulan islam 16 April 2010 bersamaan 2 JamadiulAwal 1431..
Jadi, tahukah anda apa yang terjadi pada tarikh tersebut?
1. 2 JamadiulAwal 3 H (21 Oktober 624 H)
- Rasulullah mengutuskan Zaid bin Harithah mengetuai satu sariyah (gerila) untuk menahan rombongan dagang Quraisy. Mereka berjaya melakukan misi tersebut di satu tempat bernama Al-Qirdah. Ini adalah peristiwa pertama umat Islam berjaya mendapat ghanimah (harta rampasan perang)
2. 2 JamadiulAwal 666 H (19 Januari 1268 M)
- Umat Islam diketuai Zahir Bibris berjaya membebaskn bndr Yafa dari penjajahan tentera Salib setelah bertempur selama 12 jam.
3. 2 JamadiulAwal 1328 H (12 Mei 1910 M)
- Lahirnya al-Imam al-Akbar Abdul Halim Mahmud,Syeikh al-Azhar yg ke-40. Beliau adalah seorang ulama agung. Menguasai ilmu yg bersumberkan dari ilmu² Islam dan karya² ilmu Perancis. Mempunyai krgn yg byk terutamanya dlm bidang Falsafah dan Tasawwuf.
4. 2 JamadiulAwal 413 H (3 Ogos 1022 M)
- Abul Hassan Ali bin Hilal yg lebih dikenali sbg Ibn al-Bawwab telah kembali ke rahmatullah. Beliau adalah seorang penulis khat yg hebat sepanjang sejarah Islam. Pernah menulis mushaf al-Quran tulisan tgn sebanyak 64 kali.
0 comments:
Post a Comment