salam Ramadhan Kareem!
semoga sahabat rimba sume bersemangat melalui bulan yg penoh barakah ini..
kali ni ceepot tringin nk kongsi 1 cite sahabat ngan kawan2 sume.. kisah ni dicerita oleh salah seorang sahabat rimba juge..meh kite kongsi sme2!! =)
UMAIR BIN WAHAB
spe kenal sahabat ini?
nme sebenarnye ialah Umair bin Wahab al-Jumahy..selepas peperangan Badar, Umair pulang ke Makkah dengan kecewa kerana kekalahan kaum Quraisy.Dendamnya terhadap Islam makin menebal.Beliau mendapat gelaran 'Syaitan Quraisy' kerana beliaulah yg menjadi pengintip Quraisy dan pemangkin semangat kaumnya untuk menentang Islam habis-habisan.
Pada suatu hari,ketika mengunjungi Masjidil Haram, beliau berjumpa dengan Shafwan bin Umayyah (pemimpin Quraisy).Mereka bercakap perihal kekalahan kaum Quraisy dalam peperangan besar Badar.Kekalahan itu mmg suatu yg tidak dapat diterima oleh mereka terutama Umair.Lebih-lebih lagi apabila anaknya sendiri telah menjadi tawanan Islam semasa peperangan itu.(ade buku yg mengatakan ayah Umair,Wahab yg menjadi tawanan).Umair akhirnya mendapat semangat untuk terus menentang Islam dengan bercadang untuk membunuh Muhammad S.A.W yg dikatakan dalang utama pergerakan Islam.Semangat Umair lebih membara apabila Shafwan berjanji untuk memberi perlindungan dan penjagaan terhadap keluarga Umair sepanjang ketiadaannya. Umair pon terus membuat persediaan ke Yathrib untuk bertemu dengan Rasulullah S.A.W. Perihal ini telah menjadi rahsia antara Umair dan Shafwan sahaja..
Sesampainya Umair di Madinah,beliau terus mencari Rasulullah S.A.W di masjid.Apabila tiba di hadapan pintu masjid kelihatan Umar bersama beberapa sahabat sedang berdiskusi tentang peperangan Badar. Umar yg menyedari kehadiran Umair terus menghampirinya,memegang leher Umair dan membawanya berjumpa Rasulullah. Di hadapan Rasulullah,baginda mengarahkan Umar melepaskan Umair. Umair pun memberitahu hajat beliau ke Madinah sambil pedangnya yang siap diletak racun terhunus.Beliau hanya meminta untuk anaknya dilepaskan daripada tawanan dan cuba menyembunyikan tujuannya untuk membunuh Rasulullah. Beliau tetap menafikannya walaupun ditanya beberapa kali oleh Rasulullah.
Alangkah terkejutnya Umair apabila Rasulullah mengetahui setiap butir perancangannya dengan Shafwan dari awal perbincangan mereka ketika di Masjidil Haram. Umair lantas dengan rasa rendah diri terus mengakui kebenaran Islam dan mengucap dua kalimah syahadah. Betapa gembira umat Muhammad S.A.W ketika itu mendapat saudara baru. Umair dididik dengan ajaran Islam sebaiknya sehingga pada suatu hari, beliau meminta izin daripada Rasulullah untuk pulang ke Makkah. Baliau sangat bersemangat untuk menyampaikan agama Allah itu kepada kaumnya. Rasulullah dengan rela hati membenarkan kerana yakin dengan semangat Umair.
Di Makkah. Shafwan masih tidak tahu perihal sebenar Umair. Shafwan tersangat yakin bahawa Umair mampu melakukan seperti apa yang telah mereka rancang. Betapa terkejutnya Shafwan apabila mendapat berita kepulangan Umair ke Makkah sebagai seorang pengikut Muhammad S.A.W. Umair yang sangat bersemangat mula berdakwah di Makkah dan akhirnya ramai kaumnya memeluk Islam termasuk Shafwan..Subhanallah..Allahuakbar!
jadi..ape pengajaran yg boleh dapat dri kisah ni kawan2??
ni antara yg ceepot dan beberapa sahabat rimba dah bincangkan..
Sekeras-keras hati seseorang itu,hidayah Allah mampu mengubahnya..kate cik CL..
Sentiase bersemangat untuk menyebarkan kebaikan kepada org laen..seperti Umair,bile beliau sudah bergelar Muslim, dengan semangatnye hendak menyumbang dalam perkembangan Islam agama Allah yang sebenar..semangat2!!! =)
cik lalang pule cakap jangan anggap musuh dihadapan kita tidak akan memberi kebaikan!waa~cayalah cik lalang!! dan yang terakhir, aqidah seseorang Muslim itu merupakan elemen terpenting bak kate sang singa.Kekuatan untuk berkerja dalam Islam memerlukan aqidah yang sejahtera.Perlu rasa cinta yang sangat mendalam terhadap Islam!! iluvislam!!
sekian saje kesah dari ceepot..sile betolkan ceepot kalo ade yg salahnye kawan2!
salam suntikan semangat Umair bin Wahab!! =) kullu aam waantum bikher..
wassalam
1 comments:
ceepoot~ Alhamdulillah.. refresh balik kisah umair ni.. semangat datang semula!!
Post a Comment