Tuesday, March 22, 2011

Senja itu..

Senja iu damai. Entah macammana angin sepoi-sepoi bahasa di beranda membuatkan CL teringat kisah lalu. 3 tahun lalu..

Mana mungkin CL dapat lupakan tika CL hanyut dalam kekelabuan jahiliyah, baru bebas dari protokol sekolah yang dirasakan mengongkong.. memang takkan lupa, tapi bukan itu yang CL nak ceritakankan sekarang.

CL cuma mahu katakan waktu tu, CL bukanlah berkawan dengan orang yang bukan-bukan, bahkan di sekeliling CL rata-rata merupakan orang yang hebat-hebat latar belakang agamanya.. MasyaAllah..

dan ada suatu ketika CL hampir-hampir melakukan perkara yang benar-benar memalukan(x nak ingat dah.. huhu).. dan masa itu, orang baik-baik yang lain cepat-cepat melarikan diri, tak mahu terlibat dengan perkara yang salah itu.. tinggal CL dan beberapa orang yang masih belum faham..

CL jadi keliru, kenapa tak bagitahu CL yang apa yang CL buat tu salah, kenapa tak selamatkan CL macammana kalian selamatkan diri kalian masing-masing..

TERSEDAR. ya itu kisah lalu. 3 tahun lalu..Mungkin kini CL dah sedikit faham..mungkin kini CL bukan lagi individu yang baru keluar dari PLKN..

TERBUKA MATA.. kini CL pula yang menanggung tanggungan untuk memberitahu yang lain supaya ingatkan Allah dalam setiap keadaan.. tapi, CL takut kalau CL menjadi insan yang hanya menyelamatkan diri sendiri saja.. CL takut kalau CL ini hanyalah insan yang mahu mendapat kebaikan untuk diri saja.. Nauzubillah..

CL tak mahu orang di sekeliling CL suatu hari nanti mempersoalkan CL kenapa CL tak pernah beritahu mereka kebenaran dan kebaikan kepada mereka sebagaimana CL pernah mempertikaikan individu yang CL rasa seolah-olah pernah meninggalkan CL dalam kekeliruan..

TERPUKUL dengan memori itu.. rasa semakin berat tanggungan di bahu, nafas juga dirasakan sesak.. tapi CL pasti bukan sekadar itu yang CL mahu rasa, CL mahu rasa itu jadi pemangkin untuk CL terus usaha dan thabat pada jalan ini..

Ya, usaha.. itulah yang akan dilihat oleh Allah.. semoga kita semua terus usaha.. sekalipun kita mati dalam usaha..

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
copyright reserved R.I.M.B.A.M.A.Y.A.K.I.T.A 2010