Monday, May 2, 2011

Solatku, ibadah fardhuku

Solat~ perkara yang kita lakukan setiap hari. Kalau paling minimum pun 5 kali sehari. Perkara yang sepatutnya sangat sinonim dan rapat dengan kita. Perkara yang sepatutnya kita sangat memahaminya. Tapi solat inilah yang kalau menjadi topik ceramah memang tak akan dapt habiskan dalam masa sehari.. lebih-lebih lagi bila fiqh solat dibincangkan..


Dan bukanlah CL nak bicarakan pasal fiqh solat tu sendiri cuma nak kita sama-sama renung sikap kita terhadap solat.


CL tak pernah ke Mekah (semoga Allah bagi kesempatan). Tapi CL pernah dengar orang kata bila time azan kat sana semua pekedai akan tutup kedai mereka untuk tunaikan solat berjemaah . Kelaziman yang Subhanallah menakjubkan.


Mulalah kita membandingkan dengan suasana kat Malaysia. Solat Jumaat pun dapat lihat lelaki Muslim merata-rata inikan pula solat fardhu. Sudah tentu tidak mahu meninggalkan perniagaan semata-mata untuk solat berjemaah. Sudah bersolat itu pun dah cukup baik.


Tidak-tidak. Bukan ini juga yang CL nak bincangkan tapi berkait jugak. Refleksi diri. Refleksi masa solat kita.


SITUASI 1: anda sedang membaca buku Anatomy tiba-tiba azan kedengaran. Apakah tindakan anda? Teruskan membaca kerana exam esok, atau mahu berhenti sebentar bermunajat kepada Allah..


SITUASI 2: anda sedang memasak. Tiba-tiba azan kedengaran dan ahli bayt yang lain sudah bersedia untuk menunaikan solat berjemaah. Anda tahu kalau anda teruskan memasak anda akan terlepas solat berjemaah tapi tak kan nak tinggal masakan macam tu je? Tapi kalau solat dulu mana tahu makanan yang kita masak tu lagi berkat??


err~ CL tuju kedua-dua situasi tu untuk diri sendiri..


Menjaga solat tu kan salah satu ciri orang mukmin , dan melalaikan solat pula kan salah satu sifat yang Allah cela.


Kita, yang mana?

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
copyright reserved R.I.M.B.A.M.A.Y.A.K.I.T.A 2010