Sunday, May 10, 2009

Perutusan sempena HARI IBU



Assalamualaikum wbt. Selawat dan salam ke ats Rasulullah, nabi junjungan kita.

Shu akhbarukum? Semoga sentiasa di bwh perlindungan dan rahmat Allah.

Buat pendahuluannya, meranti nk bawakan ayat quran ni:


Dan Kami perintahkan kepa
da manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepadaKu lah kembalimu (31:14)

Dah wish mak masing2 sempena Mother’s day? Sebenarnya setiap hari adlh mother’s day..tp x salah rsenye kalau kita jadikan hari ni hari special utk mak kita. Kalau di m’sia, hari ni lah kita belikan hadiah utk mrk, masak utk mrk dsb. Kalau dpt buat tiap2 hari lagi bagus!

Alhamdulillah. Terima kasih Allah ats pengurniaan mak kita. Sampai sekarg, kita masih ada mak di sisi. Mak telak berjaya mendidik kita sehingga kita mampu menjadi sebagaimana kita sekarang. Sampaikn ucpn salam dan tahniah meranti pd mak masing2 ye. Pandai mereka didik! Semuanya baik2 belaka! Hee~

Di kesempatan ni, meranti nak ajak kita semua berfikir sejenak. Mak kita tlh berjaya menjalankan tanggungjawab mrk, tp..…..bagaimana kita pula nanti???


Agaknye apalah nasib anak2 kita dapat mak mcm kita? Adakah kita berjaya membina individu2 muslim yang diperlukan umat islam kini? Kita mahukan anak kita untuk menjadi lebih baik dari kita…maka kita perlulah menjadi yang terbaik dahulu.

Kita nak ajar anak kita mengaji AQ, maka kita perlulah membetulkan bacaan kita dahulu. Kita mahu anak2 kita menghafal AQ, maka kita perlulah mula menghafal sedikit demi sedikit dari skrg. Kita mahu anak2 kita jadi rajin…maka kita perlulah rajin terlebih dahulu! Hee~

Utk menjadi seorg mak yg ‘tip-top’ bukanlah mudah. Ianya memerlukan proses yg lama, panjang dan berterusan…. Itulah proses Tarbiyah, iaitu apa yg kita sdg lalui skrg. (Semoga Allah thabatkn kita di ats jln ini. Amin)



Kitalah bakal2 ibu yang diperlukan Islam utk melahirkan kader2 islam! Kitalah bakal ibu yang akan melahirkan anak2 yang akan meneruskan rantai2 perjuangan! Kitalah bakal2 ibu yang akan menjadikan rumahtangganya sebagai rumahtangga islam yg menjadi qudwah kpd keluarga lain. Alangkah indahnya baitul muslim yang snts disinari dgn cahaya Islam. Mereka solat berjemaah bersama, membaca mathurat bersama, saling menasihati, anak2 menghormati ibu bapa dsb.

''Setiap anak itu dilahirkan di dalam keadaan yang suci (fitrah)). Ibu bapanyalah yang akan menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi''.


Apabila makin banyak baitul muslim, akan terciptalah masyarakat muslim, kerajaan islam, negara islam. Dan ketika itu sinar islam akan memancar terik. Islam akan menang. Itu janji Allah.

Inilah jalan yang Rasulullah tunjukkan kpd kita. lihatlah bagaimana Rasulullah berjaya mentarbiyah para ibu pada zaman dahulu. Rasulullah Mereka mampu melepaskan anak2 dan suami ke medan perang. anak2 juga menghafal AQ dan hadith2 sejak kecil. Hebat kan… (terase meranti sgt lemah…nk fly pn nanges2...ish3~ )

Maka, marilah sama2 kita bermujahadah memperbaiki diri.tpi jgn salah niat pula ye…bukan lah kita nak jadi baik sbb anak2, tp kerana itulah jalan utk mcpi mardhotillah. Oklah. Nk berenti takat ni je. Maaf kalau entry ni pening2 sket. Idea dtg scr tibe2 dn nak kejar mase.

Rindu semua.

wasalam

3 comments:

clover leaf said...

mm..baru tersedar banyak rupanya tanggungjawab pada diri sendiri.. dengan nak jadi pendakwah yang cemerlang, jadi anak yg berbudi pekerti, jadi pelajar yg gmilang, jd sahabat yg prihatin, jadi ibu yg mithali.. wow.. betul kata2 tersebut: Islam adalah agama yg hebat dan yg memikulnya jua adalah org2 yg hebat...

::hUd-hUd:: said...

yuk islahkan diri!^_^

meranti said...

yosh! igt pesan murobbi kita "Tanggungjawab lebih byk dari masa yg ada".

Smg Allah sentiasa lindungi kita dari kemalasan

Related Posts with Thumbnails
 
copyright reserved R.I.M.B.A.M.A.Y.A.K.I.T.A 2010