Monday, April 19, 2010

Mereka cari jalan, kita cari...?


Ranting pokok tak tahu nak buat apa. Dia senyap di pohon itu. Takut-takut angin kuat datang, habislah dia berterbangan. Saat itu dia terfikir, masalah manusia lebih berat daripada masalahnya. Oh manusia, apa ya tujuan kamu hidup? Mahukah kamu menjadi seperti aku? Ranting pokok yang sedang meniti saat-saat terakhir dalam hidupnya. Menghitung waktu bilakan tiba angin lintang itu!


Ada sebuah kisah, kisah Manusia Biasa! Ingin ranting pokok ceritakan kepada rakan-rakan serimba yang lain...

Ada seorang bayi, dia lahir dalam keluarga yang biasa-biasa sahaja. Kemudian dia membesar, tadika yang biasa, sebelah rumah mungkin....sekolah rendah biasa-biasa sahaja...sekolah menengah pun biasa-biasa...universiti biasa sahajalah! Nak katanya, hidupnya biasa-biasa sahaja...Habis belajar, dia pun berkahwin. Berkahwin dengan orang yang biasa sahaja. Lepas itu, dia dapat anak.. Dia pun jadi tua.. Dapat cucu.. Kemudian, dia mati..Kehidupannya biasa sahaja.. Seperti telah di'program' dimindanya untuk menjadi seperti itu, kitaran hidup manusia biasa. Tiada yang 'special' dia boleh buat.

Ranting pokok teringat, suatu zaman dahulu. Ketika kegemilangan Islam, jubah, bahasa Arab, al-Quran, ilmu-ilmu, dakwah, pembukaan tanah lain untuk menyebarkan Islam, jihad..semua ini telah di'program' dalam minda umat Islam dahulu. Disaat umat Islam menjadi 'World Order', seisi dunia ingin mengikut Islam. Islam as a trademark lah kiranya!

Jadi, apabila mereka yang bukan Islam, yang pada itu mengalami Zaman Gelap menyedari bahawa umat Islam hanya boleh dikalahkan apabila mereka berjaya mengubah pemikiran umat Islam.. Ranting pokok ingin memetik kata-kata seseorang, Louis IX, salah seorang mastermind gerakan kebangkitan Eropah:

"Tiada jalan untuk mengalahkan dan menguasai orang-orang Islam melalui jalan perang. Agama mereka mendorong mereka untuk melawan, berjihad, mengorbankan jiwa... Kita mesti lakukan jalan lain; iaitu mengubah pemikiran Islam dan menjinakkan orang-orang Islam melalui serangan pemikiran. Cendekiawan Eropah harus mengkaji tamadun Islam dan mencipta senjata untuk merosakkan pemikiran orang-orang Islam."

Hasilnya, manusia menjadi hamba kepada artis, hiburan, kemewahan, cinta manusia, kepopularan, semangat bangsa: Arab Revolt dan rumpun bangsa??????? upsss 0.0!

Angguk angguk geleng geleng
Tunduk tunduk ikut telunjuk
Iya Iya saya saya
Kiri Kanan Ikut saja

Kita tunduk pabila diketuk
Bila terantuk tak usah dipujuk
Biarpun dipatuk
Ingat pesan atuk…sabar sabar sabar sabar…
- Ahli Fiqir, Angguk angguk, geleng geleng.

jOm LaYan video ini..ini yang sebanarnya ranting pokok nak sampaikan..panjang pula intronye:))) zasss~



ranting pokok kata:

pilihlah mana yang kamu hendak..
Allah dan Rasulnya VS Artis
dan yang adik beradik dengannya :)

Semoga bertemu lagi! insyaAllah :D
Wallahu a'lam bissawab..

3 comments:

clover leaf said...

ranting pokok yang kurus... CL setuju sgt dgn apa yg incik cakap tuh.. tapi, kadang2 CL x nafikan kita pun dalam sedar x sedar da terikut2 skit.. byk je contoh dalam seharian kita..

kenali musuh utk berlawan dgn mrk~

tukulbesi said...

terimakasih ranting pokok^__^

Kata CL tu betol.. tu sebb kita kena faham apa itu jahiliyiah dan apa itu islam.. baru boleh sayonara jahiliyiah.. huhu..

nak jadi macam sahabat2 nabi yang berpisah secara TOTAL dgn jahiliyiah.. sampai perasaan jijik dan meluat menguasai hati mereka.. oh! mujahadah2..

pepasir pantai putih (3P) said...

Salam Ranting pokok,

3P sebenarnya amat takut utk melihat video tersebut, apa sj video yg menggambarkan permaalahan ummah, 3P akan jatuh lemah. Sedih melihat sekeliling. Namun begitu, video2 tersebut dpt m'bangkitkan semangat kita.

Ayuh beramal dan sampaikan semampu mungkin buat sahabat-sahabat kita diluar sana. Jauh benar mereka dari realiti dan fitrah penciptaan manusia- beribadah dan khalifah.

Sayonara jahiliah, susah utk ditinggalkan tapi kalau bukan kita para da'i yg ingin menyampaikan kebaikkan dan kebenaran, siapalah lagi yg mampu. Jom kita berusaha tingkatkan usaha, totally sayonara jahiliah...!


p'binaan diri,IM
3P yg comel.

Related Posts with Thumbnails
 
copyright reserved R.I.M.B.A.M.A.Y.A.K.I.T.A 2010