Sunday, April 25, 2010

MULAN pulak dah..

Masa kecik-kecik dulu Clover Leaf (CL)suka sangat tengok cerita kartun Disney.. bukan sebab apa.. lagu-lagu Disney ni selalunya best2 dan banyak pengajaran.. he2 :P

Entah macam mana tiba2 CL teringat plak kat cerita Mulan ni..

kenapa dengan dia?

Mulan ni anak gadis tunggal yang sangat2 biasa di kampung.. tapi satu hari ada utusan dari istana datang ke kampung tersebut mengatakan setiap family kene hantar wakil lelaki untuk sertai perang..

nak dijadikan cerita, ayah Mulan ni dah tua, Mulan ni plak anak tunggal.. tapi, demi raja ayah dia kata takpe2.. ayah dia sanggup pergi..

Mulan? hmm.. yang CL tertariknya, Mulan ni tak duduk diam je, dia pun menyamar sebagai lelaki untuk menggantikan ayahnya sertai perang tu..

tu yang buat CL terfikir, bagusnya Mulan ni ada sense untuk buat semua tu.. cuba kalau kita kat tempat dia.. entah2 kita tak rasa apa2 pun.. entah2 kita lagi gembira sebab perempuan tak diperintahkan untuk berperang.

Contoh biasa la kan kat rumah bila ada tuntutan untuk kita bertindak...
Emak: Siti.. meh tolong mak sidai kain jap... (siti ni watak tambahan je. xde kene mengena dgn sesapa)
Siti: ala mak.. siti tengah study ni.. tu mak.. adek tu... asyik tengok TV je.. mak suruh je dia mak..

jeng! bagi alasan siap ha.. he2.. ni baru dalam hal kecik2..

Mulan Proaktif? sebab dia ambil tindakan dan tidak duduk diam je?

isk3.. sepatutnya kita LAGI PROAKTIF.. sebab Allah SWT ada berfirman:

"....Sesungguhnya, Allah tidak akan merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri....."
(Surah ar-Ra'ad: 11)

Maknanya.. kita perlu BERTINDAK dan berusaha untuk capai apa yang kita mahu.. bukan bermalas-malasan..bukan sekadar memberi alasan..

Dalam hal ni, Mulan ni takde pun nak bagi alasan "huh, aku hanyalah wanita yang lemah..hu2" padahal, Mulan ni gadis biasa.. bukan belajar kat tempat hebat2.. bukan faham yang Allah kata kita kena bertindak kalau nak ubah nasib kita..

Bertindak dan berusaha ni pun, ada garis panduannya.. NIAT kene betul, bukan sekadar nak menunjuk-nunjuk.. CARA pun kene betul.. bukan buat benda yang melanggar arahan Allah.. sebab Allah suruh kita usaha sebaik mungkin yang kita mampu..

~dan Allah sayang kat orang2 yang buat apa yang Allah suruh kerana mahukan redhaNya..

p/s: teruskan usaha KITA...bittaufiq wan najah utk semua yang berimtihan (dunia dan akhirat)
p/s 2: alamak.. mintak maaf sangat2 letak gambar yang tak soleh kat RMK ni..

2 comments:

tukulbesi said...

hoho.. CL apakah gambar2 yang tak soleh :P

TQ for peringatan. jom Qumfaanzir!!!

clover leaf said...

to tukul besi:wee... gambar mulan xde plak yg pakai tudung.. hehe..

~bergerak merentas hati..

Related Posts with Thumbnails
 
copyright reserved R.I.M.B.A.M.A.Y.A.K.I.T.A 2010