Friday, July 31, 2009

j0m lumba!

BismiLlah~

Apa khabar kawan2 RMK sume? Musim soifi ni, selalu2 kene jaga kesihatan.. kalau sakit, susah nak blajar, susah nak ibadah. Betul tak? Dengan summer sem yang sangat busy dengan aktiviti persatuan dan exam yang jujuk tiap minggu, banyak2 minum air masak. Jangan tinggal makan ye kawan2..


Kita maklumi, sem soifi dengan panasnya, kita selalu terasa penat dan mengeluh. Sedangkan inilah masa Allah nak uji hambaNya yang sabar. Jadi, kalau kita nak tergolong dalam hambaNya yg menang, kita kenalah kuat dan sabar dengan ujian panas2 ni.. kadang2 bila hari Isnin atau Khamis, fikir banyak kali nak puasa, takut tak larat. tapi dengan kita gagahkan diri berpenat dan berlapar pegi jami3ah, bukan usaha kosong je.. Allah akan ganjari sume tu. Lagi2 sekarang ni dah masuk sya3ban. Tak sampai sebulan lagi kita akan jumpe lagi dengan Ramadhan yg dirindui. Jom sama2 latih diri untuk banyakkan ibadah. Kita persiapkan diri untuk memasuki madrasah Ramadhan.

Kita doalah sem0ga Allah panjangkan lagi umur kita untuk dapat berhadapan dengan Ramadhan 1430h. Antara doa yang b0leh diamalkan;

اللهم بارك لن في رجب وشعبان وبلغنا رمضان
Maksudnya; Ya Allah berkatilah kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami kpd bulan Ramadhan.


Bateri iman pun kenalah selalu charge. Charger nye ape? Apa2 yang mendekatkan kita dengan Allah. Kalau kita dulu bace quran 5 muka sehari, cuba naikkan 10 ke, 15 ke.. kalau dulu kita s0lat sunat lps maghrib je, cuba buat lepas isya’, lepas zohor pulak. Kalau advance lagi, buatlah s0lat Dhuha. Rasulullah dulu kalau tertinggal Dhuha, Rasulullah akan qada’. Itu tanda Dhuha ni s0lat yg sangat dituntut.

Kita ingatlah, mendekati madrasah Ramadhan tak bermakna kita latih diri dengan ibadah khusus semata2. Dalam sume aspek hidup jugak. Islam tu kan ad-deen yang kita tahu sebagai cara hidup.

Belajar. Kalau dulu kite studi last minute, cube ubah sikap kita. kita belajar kerna Allah, takkan kita nak dapat result cikai je?? Mesti nak buat yg terbaik utk Allah. Itu juga cara utk tingkatkan iman. Lagipun, nilah usaha akhir kita untuk naikkan muadal sanawi kita utk c0ver blik l0pong2 fasal awal dan fasal thani dulu. Bukanlah maknanya kita aim utk naikkan muadal smata2, tapi itu jugak satu tuntutan kan..

Hablun minanas..hubungan kite dengan manusia. Dlm usaha kite utk islah diri, kita impr0ve gak ukhuwah kite ngan kawan2.. yg renggang2 tu, rapat2kan. Yang segan2 tu, biase2kan. Yang dah sedia rapat, kita jaga pulak hak2 ukhuwah. Tolong bila diperlukan, bukan makin menjauh. Ajak wat baik, nasihat kawan bile buat salah. Agama tu kan nasihat..

bahkan hubungan dengan masyarakat setempat perlu jugak dijaga.selisih orang arab pun ape salahnya kita bagi salam. Nampak macam mende kecik, tapi bawa impak. Kita pegang nama islam. Mana2 kita pergi, biarlah orang melihat permata Islam tu. kan best kalau macam tu..
Akhlak RAsulullah ialah al-Quran. Sebagai umat NAbi, kita usahalah untuk contohi sifat2 Nabi tak kira aspek beribadah, bermuamalah, berkerja, etc..

muslim tu sifatnya berlumba ke arah kebaikan..sem0ga Allah beri kekuatan untuk kita islah diri kita.
Ke arah muslim yang lebih baik! ^_^

Tuesday, July 28, 2009

Time..

Bismillahirrahmannirrahim. In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful!

Assalamualaikum wbt. Peace be upon you all dear readers..

Alhamdulillah. Finally I have the will to update this blog, mind you, it’s a lot of effort from my part. It’s nothing ordinary actually considering that I am a lazy person plus a very good procrastinator. I mean a reaaalllyyy good procrastinator. If u know what I mean. Anyway, enough babbling.

Time. Oh, don’t you wish you have more time??!! More than 24 hours. Oh yeah, I wish I had. But why? Why do I want more than 24 hours? Isn’t it enough already? Well, personally speaking, for us human, nothing is enough. Especially me The Cheetah! Suppose that I’m The Cheetah doesn’t mean I’m always capable of doing everything very fast. I mean apart from being a good procrastinator, I’m also a slow learner. What am I trying to say here? Urghhh..[eyes rolling] will you just convey this more in a straight way. I guess using my two cuddly paws to type things making me deliberating something soo simple.. Owh, shut up u Cheetah! Anyway, that’s why I want my time to be more than 24 hours. It would be soo great especially I tend to study at the very last minute!! But can you imagine a life more than 24 hours? I mean, what would we human actually do? Eating? Playing computer games all day? Movies? Novels? Television? I mean, let say we have 35 hours a day, I can’t even imagine it. Most of us have our own routine everyday, especially us muslims. We wake up early in the morning to perform Subuh prayer, then, we will proceed whatever we will do that day until noon and then perform our Zohor prayer. That evening we will perform our Asar prayer and just before night or at dusk, we will perform our Maghrib prayer and lastly at night, we will perform our Isya’ prayer. Apart from doing that, we will perform our own tasks in our daily life like breakfast, lunch, dinner, study, assignments, nature calls etc. And sometimes we feel like all of those things, there isn’t just enough time to carry out other tasks. Well, if you really get what I mean, because I do often felt that way most of the times. Maybe it’s because most of the times, I just sit there doing nothing beneficial for anyone and maybe because I just love to delay my works and maybe because I tend to do things last minute and maybe because I did something that makes me really regretful and many other things that are just makes me feel like going back the time or extend the time more.

However, what Allah gives is already enough. 24 hours are just the required degree for us humans. No more or less, because what Allah gives is what the best!!

(1)وَالْعَصْرِ

By (the Token of) time (through the Ages),

(2)إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ

Verily Man is in loss,

(3)إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ

Except such as have Faith, and do righteous deeds, and (join together) in the mutual teaching of Truth, and of Patience and Constancy.

As long as we’re in the exception of those species of man being in loss, which is wasting time; and being in the species of those who believe in their hearts and work righteous deeds meaning that we have a clarity relationship between the Creator and the created(us and others) without any mediator, it will supplies our heart with light, our soul with contentment and gives us confidence and purpose. This is the quality of faith that supposes to be in our hearts apart from attains closeness to the Absolute and Everlasting Originator of the universe and all that exists in it. Faith is the axis to which all the fine fabric of life's network is connected. Without it life is a loose event, wasted through the pursuit of yearnings and fantasies. So, as long as we have faith in our hearts, all the things that we have done are not worthless. And no matter what we do after this, we should always renew our intentions base on our faith to Allah so that it wouldn’t be valueless and the time spent would be worth the while.

I think that’s all from me this time. Sorry for any grammatical errors and any mistakes. Please, let us share thoughts because as a learning muslim, we must speak our mind!! Yeah.. aja aja fighting!!

Friday, July 17, 2009

Kerana Iman itu akar kepada Islam~

Salam kawan2 rimba sekalian.. harapnya semua dalam berada dalam kemanisan iman dan Islam. Kali si lalang nak kongsi dengan semua. Sebuah artikel yang memberi pemahaman kepada kita kenapa iman tu penting bagi seorang yang bergelar muslim atau muslimah. Selamat membaca!!


Iman sebagai penyelesaian

Oleh : Hilal Asyraf

http://ms.langitilahi.com

Kalau ditanyakan kepada saya, apakah kunci kejayaan ummat Islam zaman lampau, maka saya akan nyatakan jawapan saya dalam satu kalimah sahaja. Kalimah itu ialah:

Iman.

Kenapa?

Kerana dengan kewujudan iman, keteguhan mereka tidak tergoyah, dan kekuatan mereka tidak akan terlemah. Mereka sentiasa yakin dalam melaksanakan sesuatu, dan sentiasa percaya bahawa segala susah payah mereka bukan sia-sia.

Kita memandang sebentar kepada lipatan sejarah, permulaan Islam. Rasulullah SAW menghabiskan 13 tahun di Makkah, sebelum berhijrah ke Madinah. Di Madinah, Rasulullah SAW melalui 10 tahun kehidupan akhirnya di sana.

Apakah perbezaan fasa Makkah dan Madinah?

Mungkin ramai yang akan menjawab bahawa, fasa Makkah adalah fasa permulaan, fasa kesusahan, fasa ditekan, manakala fasa Madinah adalah fasa penyebaran, kekuatan dan keteguhan.

Namun, ramai yang tidak melihat bahawa, kedua-dua fasa ini hakikatnya adalah aturan Allah SWT yang amat cantik. Ketahuilah bahawa, Fasa Makkah itu adalah fasa pembinaan iman.

Kalau kita rujuk kitab-kitab yang membicarakan asbab nuzul(sebab turunnya) Al-Quran, maka kita akan perhatikan bahawa ayat-ayat hukum kebanyakan turun pada fasa Madinah. Tetapi, ketika fasa Makkah, Allah SWT menurunkan ayat-ayat berkenaan sirah-sirah Nabi terdahulu bersama kaumnya, ayat-ayat berkenaan kebesaran dan kekuasaan Allah, ayat-ayat berkenaan syurga dan neraka, balasan-balasan orang yang beriman dan ancaman kepada orang yang kafir dan banyak lagi ayat-ayat yang sedemikian rupa.

Walaupun fasa Makkah adalah fasa penindasan, Allah SWT ketika itu tidak pula menurunkan ayat hukum wajib berperang. Malah, apabila para sahabat ingin menuntut bela atas kematian Sumaiyah, Rasulullah SAW telah menghalang.

Perhatikan. Apa hikmahnya Allah menyusun semua itu sebegitu rupa?

Di sinilah terselitnya kepentingan iman dalam kehidupan insan. Lihatlah bagaimana Allah SWT mentarbiyah rasul-Nya dan manusia-mansuia bertuah di sekeliling rasul-Nya itu.

Allah membina iman mereka terlebih dahulu, sebelum mengarahkan mereka melaksanakan arahan-arahan dan tanggungjawab yang pelbagai. Allah mendidik mereka secara tidak langsung untuk tabah dalam keyakinan mereka kepada janji-janji Allah.

Kita sedia maklum bahawa, fasa Makkah adalah fasa yang sukar. Rasulullah SAW sendiri diancam dengan pelbagai ancaman, dan diperlakukan dengan penuh hina sekali. Dibaling najis, dipukul dan dikeji setiap hari. Ummat Islam ketika itu, diseksa dengan pelbagai seksaan, malah ada yang dibunuh.

Hidangan rohani ummat Islam ketika itu adalah ayat-ayat Allah SWT berkenaan syurga, dan balasan manusia-manusia yang berkorban di atas jalan-Nya. Ummat Islam ketika itu, dididik untuk yakin kepada Allah SWT walau hingga hujung nyawa.

Maka, muncul lah manusia-manusia hebat seperti Bilal bin Rabah, yang diseret di tengah padang pasir, dihempap batu besar di tengah panas, tetapi masih lagi mengesakan Allah SWT. Lahirlah manusia seperti Abu Bakr RA, yang bila berlakunya peristiwa Isra’ Mi’raj dan manusia semuanya meragui kebenaran kisah itu, dia berkata: “Andai Rasulullah menyatakan lebih dari itu lagi(maksudnya lebih tak masuk akal lagi dari kisah naik ke langit) maka aku akan percaya”

Bila iman itu terbina, hati dibasuh dengan pancuran keyakinan yang tiada taranya, maka lahirlah manusia-manusia yang sanggup berkorban. Orang terkaya di Makkah ketika itu, Abdurahman bin Auf RA dan Suhaib Ar-Rumy RA, telah pergi ke Madinah sehelai sepinggang dalam peristiwa hijrah. Semua harta kekayaan mereka ditinggalkan di Makkah, agar orang kafir tidak mengejar mereka. Mereka tidak rasa keluh kesah meninggalkan harta mereka. Mereka yakin, Allah akan menggantikan kepada mereka sesuatu yang lebih baik.

Iman ini, tertanam, kemudian tumbuh dengan subur sekali dalam jiwa orang-orang Islam ketika itu.

Sebab itu, apabila orang bertanya kepada saya, kenapa manusia hari ini tidak lagi mahu melakukan kebaikan, meninggalkan arahan Allah dan sebagainya, walaupun telah diajak, diajar melakukan kebaikan dan ditunjukkan bukti kehebatan solat, kebaikan menunaikan zakat dan sebagainya.

Maka saya akan jawab: Semuanya kerana permasalahan iman itu tidak diselesaikan. Tarbiyah(didikan) iman itu tidak diberikan.

Iman, bukannya boleh kita hayati dengan pengajaran di dalam kelas semata-mata. Iman perlukan latihan, dan praktikal yang membuatkan ia hidup dalam diri manusia. Manusia, perlu dilatih untuk meyakini Allah SWT dalam setiap tempat, masa dan perkara.

Itulah yang berlaku kepada Rasulullah SAW dan para sahabat. Sebab itulah, Allah SWT berfirman:

“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).” Surah Al-Baqarah ayat 214.

Lihat, hingga ke akhirnya pun Rasul dan orang di sekelilingnya bertanyakan pertolongan Allah SWT. Tidak pula bertanyakan bantuan yang lain-lainnya. Inilah keimanan. Yakin, percaya.

Keteguhan inilah yang membina kekuatan mereka. Hal ini kerana, tiadalah kekuatan itu, melainkan datangnya daripada Allah SWT semata-mata.

Allah SWT, tidak mendidik generasi awal untuk melaksanakan sesuatu itu sekadar kerana mendapat arahan. Tetapi, Allah SWT telah mendidik generasi awal agar mereka faham, kenapa arahan itu perlu dilaksanakan. Mereka melaksanakan segala arahan Allah, kerana iman, kerana mereka yakin bahawa Allah SWT tidak akan mengkhianati mereka, tidak akan mempersia-siakan mereka.

Sebab itu, apabila datangnya ayat-ayat hukum seperti solat, puasa, zakat, hudud, haji dan sebagainya, mereka taat tanpa banyak soal, dan melakukannya tanpa banyak alasan. Mereka telah melalui hari-hari sukar dan keimanan itu telah memberikan kekuatan kepada mereka, maka keimanan mereka itu jugalah yang menimbulkan kekuatan untuk mereka melaksanakan segala tanggungjawab yang Allah berikan kepada mereka.

Ibu bapa sering mengeluh apabila melihat anak mereka meninggalkan solat, walaupun cara-cara solat sudah diajar semenjak kecil di tadika dan sekolah, walaupun ibu bapa jenuh mengajak anak-anak ke masjid. Tetapi, kemungkinan kita terlepas pandang sesuatu. Iman anak-anak itu tidak kita bina. Justeru, mereka tidak nampak akan keperluan mereka melakukan solat. Mereka mungkin sekadar nampak solat itu satu tradisi yang meletihkan. Tetapi, andai iman itu diselesaikan, saya yakin bahawa anak-anak itu akan faham kenapa mereka perlu melaksanakan solat.

Dari pembedahan kita berkenaan keimanan ini, walaupun secara ringkas, kita boleh melihat generasi awal Islam meraih kecemerlangan, kegemilangan dan kemenangan demi kemenangan dalam kehidupan mereka. Malah, kegemilangan mereka ini tersimbah pula pada generasi selepas mereka.

Semuanya bermula dengan iman.

Kegemilangan Islam dahulu, selama 1300 tahun lamanya itu, semuanya bermula dengan iman.

Permasalahan dunia hari ini, sebenarnya ubatnya juga adalah iman.

Maka, marilah kita kembali muhasabah, dan membina keimanan kita.

Jika kita inginkan kebahagiaan di dunia, dan juga di akhirat sana.

Friday, July 10, 2009

MAKANAN (sedap VS kesatuan)

Sekarang da masuk soifi(summer).. suma org rasanya da kurang skit makan klu nak dibandingkan masa syita'(winter)dulu.. hehe.. tu ntuk pendahuluan je.. tadi masa clover leaf makan nasi ayam, clover leaf terfikir.. makanan ni boleh dianalogikan macam Islam jugak.. ha.. tang mana tu?

Makanan yang clover leaf makan tu macam menyatukan bahan dari berbagai-bagai negara.. contohnya, beras yg digunakan tu dtg dari Thailand, pastu lada ntuk buat sambal plak dari Syirya, salad plak dari Jordan dan rempah utk buat sup plak diimport khas dari Malaysia.. nah…x ke menyatukan namanya tuh..

Islam klu kita tengok dari dulu sampai sekarang.. memang menyatukan semua.. dan sebenarnya klu kita rujuk sejarah.. xde pun konsep Negara bangsa dalam Islam.. semua bersatu-padu..

Jom tengok Ethiopia.. Euthopia ni dulu Habshah (klu xsilap).. sapa yg x ingat Habshah, tempat di mana sebahagian para sahabat berhijrah ke sana utk minta perlindungan dari kejahatan kafir Quraisy..

Sebut plak Jordan, Lebanon, Syirya yg dulunya mmg tempat berniaga orang Islam iaitu kota Syam.. bila teringat Iraq, sejarah yg dulunya terkenal dengan tamadun Babylon.. salah satu tamadun di situ telah menjadi saksi kepada kisah Nabi Ibrahim a.s dgn ayahnya si pengukir berhala… daripada keturunan Nabi Ibrahim lah akhirnya membawa kepada kelahiran Nabi Muhammad saw.

Iran a.k.a Parsi plak dulunya tempat asal Salman al Farisi yg sangat berjasa dalam perang khandak.. banyak lagi Negara2 len klu nak dikaitkan dengan Islam.. mana taknye, bukan ke Islam pernah memiliki 2/3 dunia..

Makanya, tugas kita kini adalah untuk menaikkn semula daulah islamiah.. dan untuk itu kita kenalah islah diri dulu.. kerana segalanya bermula dengan individu muslim..so, kawan2 jom naikkan semangat tu balik lepas dah lama bercuti.. semoga kita meletakkn dunia hanya ditangan dan bukan di hati..

so, di kesempatan ni, clover leaf nak ajak kita sama2 saling ingat mengingati dn jadikan segala di sekeliling kita sebagai wadah untuk mncapai Mardhatillah.. macam entry ni… hehe.. makanan pun bley jadi salah satu uslubnya..

p/s: maaf ayat berterabur dan maaf gak klu merumitkan suma utk memahami entry kali ni..

Monday, July 6, 2009

UKHUWAH...umpama seutas tasbih..ada awal tiada penghujung..
dicipta utk mengingati-Nya, dibahagikan utk cinta-Nya dan diratib utk redha-Nya...

assalamualaikum..ceepoot in da house!! ape kabar sume sahabat2 rimba yg sgt dirindui!
alhamdulillah kite sume maseh diberi ksmpatan mrase nikmat n rahmat dri Allah
yg Maha Pemurah dan Maha Pengasih..bygkankan jika kita tdk lg dpt merasa nikmat
IMAN, ISLAM, TAUFIK dan HIDAYAH..???nauzubillah.. :(

insyaAllah entry kli ni ceepoot nk cite psal....UKHUWAH!
dsbbkan rindunya pda shbt sume ceepoot tdetik tuk amik tajok ni.

kwn2 tau x, ukhuwah ni sbnrnye ade buahnye tau!!
mungkin disebabkan kemanisan ukhuwah itu, ia dianggap sperti buah :)
oh halawatul ukhuwah..manisnye ukhuwah! begitu mengasyikkan...
antara buah2 ukhuwah ialah
~ taawun ~ saling menolong
~ tanaashur~ saling mendokong
~ taraahum ~ saling berkasih sayang

tp kan..camnenye nak dpt buah2 ukhuwah ni??
kne panjat pokok ke? cik pepatung tau x? ke kne gune galah wahai cik cheetah?
jawapannye..tidak memerlukan sume itu!
sahabat2 hanya perlu ~ mengurangkan khilaf
~ bekerja bersama
~ berkorban bersama

sukarkah ia? kemanisan ukhuwah ni ade peringkat atau tahapnya...ibarat buah juge!
utk mndapatkan buah yg manis, kite perlukan penjagaan yg rapi, baka yg berkualiti..
semakin manis ia, semestinye semakin tinggi nilainya dan lebih dihargai!
ada 3 peringkat ukhuwah
1) berlapang dada sesama sahabat
2) seimbang
3) melebihkan sahabatnya melebihi dirinya sendiri

bayangkan betapa manisnya jika kite memiliki ukhuwah peringkat ke-3...

'Tidak beriman (sempurna) seseorang kamu, sehingga dia kasihkan (sesuatu)kepada
saudaranya apa yang dia kasihkan untuk dirinya sendiri' [riwayat Bukhari]

akhir kata, marilah kite berusaha utk menjadi golongan yg dibayangi arasy Allah kelak di mana golongan
inilah yg berpisah krn Allah,kasih sayang krn Allah, bertemu tdk bosan dan berpisah tdk terlalu sedih...

wallahua'lam... salam ukhuwah utk sume!!! hayakummullah...

Related Posts with Thumbnails
 
copyright reserved R.I.M.B.A.M.A.Y.A.K.I.T.A 2010