Sekarang da masuk soifi(summer).. suma org rasanya da kurang skit makan klu nak dibandingkan masa syita'(winter)dulu.. hehe.. tu ntuk pendahuluan je.. tadi masa clover leaf makan nasi ayam, clover leaf terfikir.. makanan ni boleh dianalogikan macam Islam jugak.. ha.. tang mana tu?
Makanan yang clover leaf makan tu macam menyatukan bahan dari berbagai-bagai negara.. contohnya, beras yg digunakan tu dtg dari Thailand, pastu lada ntuk buat sambal plak dari Syirya, salad plak dari Jordan dan rempah utk buat sup plak diimport khas dari Malaysia.. nah…x ke menyatukan namanya tuh..
Islam klu kita tengok dari dulu sampai sekarang.. memang menyatukan semua.. dan sebenarnya klu kita rujuk sejarah.. xde pun konsep Negara bangsa dalam Islam.. semua bersatu-padu..
Jom tengok Ethiopia.. Euthopia ni dulu Habshah (klu xsilap).. sapa yg x ingat Habshah, tempat di mana sebahagian para sahabat berhijrah ke sana utk minta perlindungan dari kejahatan kafir Quraisy..
Sebut plak Jordan, Lebanon, Syirya yg dulunya mmg tempat berniaga orang Islam iaitu kota Syam.. bila teringat Iraq, sejarah yg dulunya terkenal dengan tamadun Babylon.. salah satu tamadun di situ telah menjadi saksi kepada kisah Nabi Ibrahim a.s dgn ayahnya si pengukir berhala… daripada keturunan Nabi Ibrahim lah akhirnya membawa kepada kelahiran Nabi Muhammad saw.
Iran a.k.a Parsi plak dulunya tempat asal Salman al Farisi yg sangat berjasa dalam perang khandak.. banyak lagi Negara2 len klu nak dikaitkan dengan Islam.. mana taknye, bukan ke Islam pernah memiliki 2/3 dunia..
Makanya, tugas kita kini adalah untuk menaikkn semula daulah islamiah.. dan untuk itu kita kenalah islah diri dulu.. kerana segalanya bermula dengan individu muslim..so, kawan2 jom naikkan semangat tu balik lepas dah lama bercuti.. semoga kita meletakkn dunia hanya ditangan dan bukan di hati..
so, di kesempatan ni, clover leaf nak ajak kita sama2 saling ingat mengingati dn jadikan segala di sekeliling kita sebagai wadah untuk mncapai Mardhatillah.. macam entry ni… hehe.. makanan pun bley jadi salah satu uslubnya..
p/s: maaf ayat berterabur dan maaf gak klu merumitkan suma utk memahami entry kali ni..
0 comments:
Post a Comment