Sunday, December 12, 2010

Allah pemegang hati!!

Minta maaf. Hati memang x boleh dipaksa!! Kita xleh sesuka hati kite je nk suruh dia jadi begitu, nk suruh dia jadi begini. Nak dia terima itu, nak dia terima ini. Nak suruh dia buat begitu dan bukan begini. Nak dia dapat merasai betul2 ape yang kite rasai. Nak suruh dia fahami betul2 ape yg kite fahami(semoga kite terus-terusan faham). Tidak, memang x boleh!! Jadi utk ape kekecewaan ini??!! Utk ape kesakitan ini?! Kenapa perlu rasa kecewa bila dia x mahu menerima? Kenapa perlu rasa sakit bila dia menolak? Kenapa perlu rase sedih bila dia memberi alasan? “Ala~, ko xfaham.” Yes, mmg aku x faham!

Tapi prlu aku ingat, dia manusia, aku juga manusia. Mungkin sebab itu, iye, mungkin. Kerana manusia itu misteri, manusia itu kompleks, manusia itu lemah, manusia itu hanye hamba kepada Allah pencipta alam, Allah pencipta binatang, Allah pencipta manusia. Allah yg Maha Mulia, Allah yg Maha Pengasih, Allah yg Maha Memerhati, Allah yg Maha Penyayang, Allah yg Maha Pemberi, Allah yg Maha Halus dan semua 99 asma wa sifat Allah yang lain. Maka, Allah jugalah yg memegang hati2 manusia itu. Hanye Allah sajelah yg memegang, yg membolak-balikkan hati2 manusia. Yang Maha Memegang segala isi hati manusia.

Al-Mulk:13-14

Maka, aku sepatutnye kembali kepada Allah. (Al-Alaq:8)
Jangan dilayan rase kecewa, jangan dibiarkan hati kacau bilau. Kerana sesungguhnya dia juga manusia, hanye Allah lah yg memegang hati dia dan hati aku. Jadi, berdoalah kepada Allah agar hati aku dan hati dia tetap di bawah pengawasanNya. Agar semoga 1 hari nanti dia juga boleh faham, malah lebih daripada diriku. Agar pengakhiran dia dan aku dalam keadaan yang baik, yang dirahmati Allah. Ameen.

Saturday, December 11, 2010

Tick-Tock

What are you going to do IF you have only 10 days to live? Are you going to ditch all your classes and works and all the things you are supposedly to do and have fun all the way? Maybe to Disneyland or Legoland? But isn’t it expensive? What about money? “No, forget about the money, i only have 10 days to live, so what’s more precious than that aye?” So, yeay, spend all the money you got and buy everything you could only dream of before. OR maybe you gonna donate your money to the needs and repent yourself for all your doings, for all your 15, 20, 30 years of living? And even if you want to repent, what kind of repent will you do? Are you going to lock yourself in your room, away from everyone and pray all day and all night long for 10 days? Or will you do as many good deeds as you can? WHAT? WHAT WILL YOU DO??!!

The thing is, all those crap i’m asking you and myself are only IF and WHAT IF. But ironically, in the real world, the world we breathing right now, we will NEVER really know when will our death come to us. Soooo, dare i say, 10 days is quite a long time to have fun OR to repent(IF we know when our death is), but in actuality, maybe we don’t even have that long enough time, maybe as i’m typing all these stuff, i would be attacked by epilepsy, and since my immunity is weak and i can’t withstand the sheer shock of it, i’ll die immediately in front of my lappy; and what if at that particular time i’m not praying or not remembering Allah? Just sad~ don’t you think so?? Well, that’s just my imagination running wild; i think you could imagine a bunch more ‘happy ending’ better than mine. Maybe like in the ‘Final Destination’ or maybe like in the ‘Saw’. HAha, so much for your happy ending. [Ok, stop!! You’re scaring people away]. We do not know in what way our end is going to be, so just pray it’ll be good and always in Allah’s path. Al-Fatihah:6-7

I have heard so many people said “Tomorrow never dies!”. REALLYY??? This saying could only apply to the non-believers i would say. Because, come-on~ if we believe this saying, it’s the same as not believing in the Day of Resurrection, Day of Judgement. Because maybe tomorrow is ‘The Day’? We’ll never know, ONLY ALLAH KNOWS!! So, for that, we must really treasure our time for each second it’s ticking. Because every time it’s ticking tick-tock-tick-tock, we don’t know how much time longer left for us and how much time already shorten from us.

Thus, since tomorrow would never come for us, why don’t we obey Allah everyday & do something for our viva stock. Reminder for all the people out there that think(sedar or x sedar) all the fun (dramas, FB-ing, karaoke, coupling, stealing, chatting without any purposes, PSP, movies etc etc the list could go on forever, tgk bola tgh malam?)as viva in this short-lived world, 2 words, WAKE UP!!

Al-Muddathir:1-2

[Also a reminder for myself, tegur2 la cheetah kalo cheetah tgh lagho ek] Assa!! Sorry for the laziness!!

Saturday, October 23, 2010

Pelajaran Minggu Ini

Pelajaran 1)SETIAP KALI

Setiap kali mendapat nikmat,
Jarang kusedari itu pemberianMu,
Terkadang rasa,
Itu kerana,
Segala usaha dan penat lelahku sahaja..

Setiap kali ditimpa musibah,
Kumengeluh risau bertambah gelisah,
Hingga terlupa padaMu Allah,
Tempat Kembali segala masalah..

Oh Tuhan yang Maha Penyayang,
Leraikanlah aku dari keluh kesah,
yang membelenggu jiwa dan fikiran,
ditambah dengan hasutan syaitan.

Kurniakanlah kepadaku ketabahan,
Singkapkanku hikmah segala ketentuan,
Moga sinarMu berikanku pedoman,
Hanya padaMu segala ketetapan..



Pelajaran 2)jom nasihat

"Dan (ingtlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata, "Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau diazab Allah dengan azab yang sangat keras?" Mereka menjawab, " Agar kami mempunyai alasan (lepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu, dan agar mereka bertaqwa."(164)

Maka setelah mereka melupakan apa yang diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang orang berbuat jahat dan Kami timpakan kepada orang-orang yang zalim siksaan yang keras, disebabkan mereka selalu berbuat fasik.(165)

(surah al-a'raf)


Pelajaran 3)muwassofat tarbiyah

moga kita termasuk orang yang tersusun urusannya.. amin.. ^_^

Tuesday, August 17, 2010

salam Ramadhan Kareem!


semoga sahabat rimba sume bersemangat melalui bulan yg penoh barakah ini..

kali ni ceepot tringin nk kongsi 1 cite sahabat ngan kawan2 sume.. kisah ni dicerita oleh salah seorang sahabat rimba juge..meh kite kongsi sme2!! =)


UMAIR BIN WAHAB


spe kenal sahabat ini?

nme sebenarnye ialah Umair bin Wahab al-Jumahy..selepas peperangan Badar, Umair pulang ke Makkah dengan kecewa kerana kekalahan kaum Quraisy.Dendamnya terhadap Islam makin menebal.Beliau mendapat gelaran 'Syaitan Quraisy' kerana beliaulah yg menjadi pengintip Quraisy dan pemangkin semangat kaumnya untuk menentang Islam habis-habisan.


Pada suatu hari,ketika mengunjungi Masjidil Haram, beliau berjumpa dengan Shafwan bin Umayyah (pemimpin Quraisy).Mereka bercakap perihal kekalahan kaum Quraisy dalam peperangan besar Badar.Kekalahan itu mmg suatu yg tidak dapat diterima oleh mereka terutama Umair.Lebih-lebih lagi apabila anaknya sendiri telah menjadi tawanan Islam semasa peperangan itu.(ade buku yg mengatakan ayah Umair,Wahab yg menjadi tawanan).Umair akhirnya mendapat semangat untuk terus menentang Islam dengan bercadang untuk membunuh Muhammad S.A.W yg dikatakan dalang utama pergerakan Islam.Semangat Umair lebih membara apabila Shafwan berjanji untuk memberi perlindungan dan penjagaan terhadap keluarga Umair sepanjang ketiadaannya. Umair pon terus membuat persediaan ke Yathrib untuk bertemu dengan Rasulullah S.A.W. Perihal ini telah menjadi rahsia antara Umair dan Shafwan sahaja..


Sesampainya Umair di Madinah,beliau terus mencari Rasulullah S.A.W di masjid.Apabila tiba di hadapan pintu masjid kelihatan Umar bersama beberapa sahabat sedang berdiskusi tentang peperangan Badar. Umar yg menyedari kehadiran Umair terus menghampirinya,memegang leher Umair dan membawanya berjumpa Rasulullah. Di hadapan Rasulullah,baginda mengarahkan Umar melepaskan Umair. Umair pun memberitahu hajat beliau ke Madinah sambil pedangnya yang siap diletak racun terhunus.Beliau hanya meminta untuk anaknya dilepaskan daripada tawanan dan cuba menyembunyikan tujuannya untuk membunuh Rasulullah. Beliau tetap menafikannya walaupun ditanya beberapa kali oleh Rasulullah.


Alangkah terkejutnya Umair apabila Rasulullah mengetahui setiap butir perancangannya dengan Shafwan dari awal perbincangan mereka ketika di Masjidil Haram. Umair lantas dengan rasa rendah diri terus mengakui kebenaran Islam dan mengucap dua kalimah syahadah. Betapa gembira umat Muhammad S.A.W ketika itu mendapat saudara baru. Umair dididik dengan ajaran Islam sebaiknya sehingga pada suatu hari, beliau meminta izin daripada Rasulullah untuk pulang ke Makkah. Baliau sangat bersemangat untuk menyampaikan agama Allah itu kepada kaumnya. Rasulullah dengan rela hati membenarkan kerana yakin dengan semangat Umair.


Di Makkah. Shafwan masih tidak tahu perihal sebenar Umair. Shafwan tersangat yakin bahawa Umair mampu melakukan seperti apa yang telah mereka rancang. Betapa terkejutnya Shafwan apabila mendapat berita kepulangan Umair ke Makkah sebagai seorang pengikut Muhammad S.A.W. Umair yang sangat bersemangat mula berdakwah di Makkah dan akhirnya ramai kaumnya memeluk Islam termasuk Shafwan..Subhanallah..Allahuakbar!


jadi..ape pengajaran yg boleh dapat dri kisah ni kawan2??

ni antara yg ceepot dan beberapa sahabat rimba dah bincangkan..

Sekeras-keras hati seseorang itu,hidayah Allah mampu mengubahnya..kate cik CL..

Sentiase bersemangat untuk menyebarkan kebaikan kepada org laen..seperti Umair,bile beliau sudah bergelar Muslim, dengan semangatnye hendak menyumbang dalam perkembangan Islam agama Allah yang sebenar..semangat2!!! =)

cik lalang pule cakap jangan anggap musuh dihadapan kita tidak akan memberi kebaikan!waa~cayalah cik lalang!! dan yang terakhir, aqidah seseorang Muslim itu merupakan elemen terpenting bak kate sang singa.Kekuatan untuk berkerja dalam Islam memerlukan aqidah yang sejahtera.Perlu rasa cinta yang sangat mendalam terhadap Islam!! iluvislam!!


sekian saje kesah dari ceepot..sile betolkan ceepot kalo ade yg salahnye kawan2!

salam suntikan semangat Umair bin Wahab!! =) kullu aam waantum bikher..

wassalam





Sunday, August 8, 2010

Kesan 'Kesan Tarbiyah'

Bismillahirrahmanirrahim..

CL mulakan dengan cerita di suatu petang.
CL: Wa.. syukran ukhti.. sebab datang tolong saya..
Ukhti: Eh.. takpe jer.. CL kan sahabat ana..
CL: Ukhti ni memang suka tolong orang ke?
Ukhti: Hm.. ana bercita-cita untuk jadi macam tu.. sebab ana ni dulu sebenarnya anti-sosial. Buku bio dan add math tu la sahabat karib ana.. Alhamdulillah sekarang ana dah sedar selain jaga hubungan baik dengan Allah, dengan makhlukNya pun kena baik juga..
CL: :D

CL terfikir.. Subhanallah rupanya benar tarbiyah itu sifatnya mengubah.. Tarbiyah telah mengubah Ukhti daripada seorang yang hanya bantu-membantu dengan buku :P kepada turut bantu-membantu sesama manusia..

Uji kaji dijalankan.. ^_^

CL: Kak Nini, apa yer yang tarbiyah dah buat pada akak? He2 saja tanya..
Kak Nini: dulukan akak ni cepat je naik angin kalau ada yang buat akak terasa hati.. Alhamdulillah, sekarang akak dah belajar berlapang dada dan berfikiran rasional sebelum buat apa-apa..
CL: ^_^ misi selesai!

Sah.. tarbiyah boleh mengubah seseorang itu menjadi lebih baik jika benar-benar berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah..

Mari menyelusuri tarbiyah yang mengubah insan teragung, Nabi Muhammad SAW..
Selepas turunnya wahyu yang pertama yang tidak pernah tersangka-sangka oleh baginda iaitu surah al-‘Alaq ayat 1-5, maka bermulalah saat-saat perubahan dalam kehidupan Rasulullah SAW..

Daripada seorang yang sering berkhalwat seorang diri di Gua Hira’, baginda mula menjadi seorang pejuang kebenaran sehingga apabila dipujuk kepadanya untuk meninggalkan kerja-kerja menyeru manusia pada ketika itu, Rasulullah SAW dengan tegasnya mengatakan “Kalau mereka meletakkan matahari di sebelah kananku dan bulan di sebelah kiriku supaya aku meninggalkan urusan ini, sekali-kali aku tidak akan meninggalkannya, sehinggalah Allah memenangkannya atau aku binasa kerananya”...

Daripada seorang kerabat Quraisy yang disegani, kemudiannya menjadi orang yang dilayan asing seolah-olah hilang kemuliaannya pada mata kaum Quraisy pada waktu itu..

Dari manakah Rasulullah SAW mendapat kekuatan demi kekuatan untuk menghadapi semua itu?
Tentulah daripada tarbiyah Allah SWT..

Maka, suka CL untuk mengajak semua kita mengesan kesan tarbiyah pada diri kita.. Bukan untuk bermegah ataupun riak, jauh pula untuk mengenang kembali zaman jahiliyyah yang memalukan..
Cuma sekadar untuk bermuhasabah diri sejauh mana kita sudah berubah dengan tarbiyah...

Andai sudah banyak, maka untuk mensyukurinya dan untuk menjadi pembakar semangat di kala datang lelah agar jauh dari futur..
Andai masih sedikit, maka untuk mengenang bahawa sepatutnya tiada istilah berada di takuk lama dalam tarbiyah kerana tarbiyah itu sifatnya mengubah seseorang menjadi lebih baik jika benar-benar berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah..

Beberapa hari lagi, insyaAllah merupakan ketibaan bulan mulia, Ramadhan, iaitu bulan tarbiyah..

Suka lagi sekali CL nak mengajak kita sama-sama mengesan kesan tarbiyah Ramadhan kita yang lepas kepada hidup kita sehinggalah dikurniakan nikmat oleh Allah untuk sekali lagi memasuki madrasah tarbiyah ketaqwaan ini.. agar kita sentiasa berusaha untuk merasai perubahan yang dibawa oleh tarbiyah pada diri kita kerana kita memerlukan perubahan kepada kebaikan itu untuk terus mengejar mardhatillah..

Tuesday, July 27, 2010

Hanya 'Cream of the Cream'

Bismillahirrahmanirrahim..

~Penapisan di mana-mana..

Kita dulu selepas UPSR, jika dapat 5A, baru dapat masuk sekolah kawalan negeri.. Lepas tu lalui PMR, nak dapatkan 9A untuk masuk SBP, SPM pula kena cemerlang untuk memohon biasiswa JPA contohnya..

Selepas berjaya melalui tapisan temuduga barulah melayakkan diri ke Jordan University Of Science And Technology..

Exam~ hanya yang betul-betul melepasi tapisan dan mendapat markah yang tinggi baru berjaya mendapat Dean's List, dan hanya yang benar-benar hebat barulah beroleh President's List..

Hanya 'Cream of the Cream'...

Itu hanya tapisan dari segi akademik..


~Mari menyingkap sejarah yang tidak asing bagi kita... Kisah Talut dan tenteranya untuk melawan Jalut..



Maka ketika Talut membawa bala tenteranya, dia berkata, “Allah akan menguji kamu dengan sebuah sungai. Maka barang siapa meminum (airnya), dia bukanlah pengikutku. Dan barangsiapa tidak meminumnya, maka dia adalah pengikutku kecuali menceduk seceduk dengan tangan.” Tetapi mereka meminumnya kecuali sebahagian kecil dari mereka. Ketika dia(Talut) dan orang-orang beriman bersamanya menyeberangi sungai itu, mereka berkata, “kami tidak kuat lagi pada hari ini melawan Jalut dan bala tenteranya.” Mereka yang meyakini bahawa mereka akan menemui Allah berkata, “betapa banyak kelompok kecil mengalahkan kelompok besar dengan izin Allah.” Dan Allah beserta orang-orang yang sabar.(Al-Baqarah:249)



Mula-mula kumpulan tentera yang ramai itu menjadi sedikit kerana tertapis dengan ujian air.. Dan kemudiannya berlaku pula tapisan kedua apabila daripada kumpulan tentara yang sedikit itu, sebahagian dari mereka timbul rasa gerun dan lemah untuk menghadapi musuh kerana bilangan mereka yang sedikit..


Yang tinggal untuk berjuang hanyalah mereka yang benar-benar beriman kepada janji Allah iaitu Imanul Amiq..


Hanya ‘Cream of the Cream’…


~Mekah

Ketika bermulanya seruan kepada Islam secara jahr daripada Rasulullah SAW, maka bermulalah episod penyiksaan kepada para sahabat... tapi sahabat tetap teguh dan thabat dengan keimanan mereka..

Mereka berjaya melepasi tapisan itu.. dan merekalah yang akhirnya menjadi pendokong utama Islam sehingga meluasnya aqidah mentauhidkan Allah ini..

Merekalah 'Cream of the Cream'...


Sudah tentu dalam kita melaksanakan tugas sebagai khalifah di muka bumi ini, kita juga akan ditapis.. Ditapis oleh Pemilik Segala Tarbiyyah, Allah SWT..


Firman Allah SWT yang bermaksud,

Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?, (Al-Ankabut:2)


Soalnya, adakah kita akan menjadi orang yang tertapis atau orang yang melepasi tapisan tersebut?

Kerana hanya orang yang benar-benar berkualiti sahaja yang akan terus bertahan..

Hanya 'Cream of the Cream'...


Ya Allah yang membolak-balikkan hati, thabatkan kami pada jalan ketaatan padaMu, dan tetapkan kami untuk jihad pada jalanMu... Amin..

Sunday, July 4, 2010

Nak tumpang bercerita kat sini OK tak?

"Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan satu sama lain, kecuali mereka yang bertaqwa." (az-zukhruf:67)

~Semoga ukhuwah kita disandarkan pada pencarian redha Allah SWT..

Waktu tu exam.. baca buku tapi mata kuyu.. huish- tiba-tiba..

KRING 3X... phone bunyi- angkat - murobbiah telefon..

"Assalamualaikum... CL, apa khabar?"

"Waalaikumussalam.. Alhamdulillah.. khabar baik.."

"akak saje je telefon CL nak bagi semangat kat CL.. moga CL terus usaha kerana Allah.. ingat lagi tak, kita belajar bukan kerana ditarik oleh kejayaan tapi kerana Allah perintahkan kita untuk berusaha sehabis baik.. so,bittaufiq wan najah ye!!"sapa suara yang dirindui itu lembut..

Kepala mengangguk keharuan- lupa murobbiah tak nampak..

"akak, tq sangat-sangat.. huhu. ni yang terharu nih.. sayang akak lebih la.."

"eh, bukan apa-apa pun.. akak cuma nak dengar suara CL je.. Akak pun dapat semangat dengan semangat CL jugak"

"akak, bittaufiq jugak yer untuk exam akak esok.."

Tak sampai 5 minit, telefon diletakkan semula.. mungkin murobbiah tak nak CL rasa terganggu.. tapi, percayalah itu pun dah lebih dari cukup untuk buat CL rasa bersemangat...

So,disebabkan CL rasa best dapat recharge semangat, CL pun try la apa yang murobbiah buat..

CL telefon ukhti Nur _ _ _ ,"Assalamualaikum.. apa khabar? kita saje je telefon awak nak ucap bittaufiq wan najah.. moga terus bersemangat ye usaha kerana Allah.. yosh!!!"

secara jujur CL x tau apa perasaan ukhti tu, tapi CL rasa best..

Memang betul, kalau masa imtihan, musti banyak terima mesej doakan kejayaan dan memberi semangat.. ada panjang dan ada ringkas.. bagus-bagus..

Harap tiada yang rasa bosan dengan semua ni kerana ini antara cara luahkan sayang..=)(malu la plak)

"apabila seseorang mencintai saudaranya, maka hendaklah dia memberitahu saudaranya itu.." Hadith Riwayat Abu Daud dan Tirmizi

p/s: I've try it.. feel nice.. why don't you try it too.. ^_^

Wednesday, June 16, 2010

The Lion King


“Wahai penghuni RMK dan sahabat-sahabat sekalian, bangkitlah semua bangkitlah.. Kini sudah tiba musim panas.. bukan lagi masa berhibernasi..” seru sehelai daun yang bergelar Clover Leaf di tengah rimba kepada semua.. (tak bolehlah nak menjerit nanti dapat pangkat Tarzanah pulak ^_^)

~telah tamat waktu tidurku….

Exam datang dan pergi tapi itu semua hanya beberapa percent dari kehidupan kita.. cukupkah itu preparation kita untuk bahagia di dunia abadi?

~intro je baru


Sebenarnya ada satu cerita hot sedang melanda hutan2 yang lain…

~CERITA TENTANG SINGA


Singa yang populasinya semakin bertambah sekarang. Sudah tentu singa ni merupakan species yang sama dengan singa yang dulunya bergelar THE LION KING yang pernah menguasai hutan rimba ni.. (kiranya anak pinak singa lama ni jugak la).


Tapi, entah kenapa anak singa ini(kini telah dewasa) gayanya tak tumpah seperti kijang yang pengecut.. malah selalu sahaja ada yang menyaksikan apabila singa ini disuruh dengan lemah lembut supaya memasuki perangkap pemburu, dia akan menurutinya.. entah kenapa..


Dan kelihatannya singa ini suka diperhinakan begitu.. dia gembira di dalam perangkap itu..


Mungkinkah singa ini sudah lupa dia ada tugas. Kerana itulah dia digelar raja rimba..

Firman Allah SWT:

“Maka apakah kamu mengira bahawa Kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud)….”

(Surah al-Mukminun:115)


Mungkinkah rimba ini kelihatannya terlalu indah dan permai sehingga singa ini tak nampak tugasnya sebagai raja rimba.. benarlah singa ini sudah terleka dengan rimbawi..


Duhai singa, kembalilah kamu kepada sifat sebenarmu yang berani, bersatu dalam kumpulan, aktif dan berhentilah kamu menjadi singa yang pengecut dan asyik bermain-main.. Tempat kamu bukan rendah martabatnya.. Kamu diciptakan sebagai golongan yang kuat dan istimewa..

JALANKANLAH TANGGUNGJAWABMU…

Sahabat-sahabat sekalian, awas kerana singa species ini mungkin ada di sekeliling kita atau secara tidak sedar mungkin kita sendiri merupakan singa tersebut…

~Bangkitlah wahai jiwa pemuda Islam.. Pesanan ini CL tuju khas buat individu yang menaip ini.. dan umumnya untuk semua.. =)


p/s: ini adalah analogi semata2,andai kurang faham atau kurang setuju, boleh la komen yer..

Monday, May 17, 2010

BiLa TerInGAt TenTAnG Dia..

Saat terindah sudah tentu saat bersama Pencipta kita.. maka saat bersama al-Quran di mana kita tenggelam dalam kenikmatan maknanya yang tersurat dan tersirat menjadi saat yang amat dirindui..



CL pasti saat itu juga, iman yang kering sebelum itu mula disiram dan dibajai kembali...


"Sesungguhnya orang2 yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat2Nya kepada mereka, bertambah kuat imannya dan hanya kepada Allah mereka bertawakal.."
(al-Anfal:2)





Seorang akhawat pernah ditanya oleh rakannya, "abes tu, macam mana dengan orang yang baca al-Quran tapi, tak memahami maknanya? bacaannya jadi sia2 ke?"


Subhanallah! Maha Suci Allah.. sudah tentu mukjizat al-Quran yang sangat indah ini tidak terhad..


Bukankah mendengar bacaan al-Quran sahaja sudah cukup menenangkan, inikan pula membaca kalamullah itu sendiri..


Analogi menarik:


Pada suatu petang kelihatan seorang ibu dan seorang anak sedang menyusuri sungai.. tiba-tiba mereka terjumpa satu bekas yang sangat kotor. Mungkin telah lama dibuang..


Si ibu berkata kepada anaknya, " anakku, bolehkah kamu mengisi bejana air kita? ceduklah air dengan bekas yang kita jumpa ini.."


Anak yang taat itu menuruti kata ibunya.. Ditakdirkan bekas itu bocor.. "Wahai ibu, bekas ini bocor..." kata si anak.
"Teruskan anakku, teruskan..." Beberapa kali cuba diceduk air dengan bekas yang bocor itu, tetapi, si anak tidak berjaya memenuhkan bekas tersebut..


"Ibu, apakah sebenarnya yang ibu mahu saya lakukan?" tanya si anak lembut setelah hampir berputus asa.
Si ibu dengan tenang berkata,"cuba lihat pada bekas itu..
Subhanallah! benarlah bekas bocor itu sudah bersih daripada kekotoran sebelum itu...
Hati kita umpama bekas yang kotor itu.. air itu pula umpama bacaan al-Quran..Bekas itu mungkin tidak dapat digunakan utk mencedok air, tetapi air yang melalui bekas itu dapat membersihkan bekas tersebut..

Hati mungkin memahami sedikit atau tidak faham langsung ayat-ayat al-Quran tetapi, hati tetap dapat dijaga dengan bacaan al-Quran.. Wallahua'lam..
Tetapi sejauh mana pula kita mahu meletakkan diri kita? Bukankah kita mendambakan syurgaNya yang terkenal dengan kemahalannya? Bukankah kita bercita-cita untuk menggapai redhaNya?
jadi, adakah kita mahu menjadi orang yang meraba-raba dalam kegelapan sedang di tangannya ada lampu suluh?
~mari khusyuk menghayati kalamNya~


Ukhuwah oh~ ukhuwah!

Peace be upon you all readersss n ahli2 rimba!! I love u all!! Erk, apekah? Xpe xpe, x salah menzahirkan kasih sayang, tp bukan sekadar di mulut sahaje ye!!

Lately Cheetah penat sgt, penat berlari, now Cheetah nk take a goooodddd longggg rest. Hehe, that would be impossible la kan since a daie will never rest!! Cheetah nk story sket pasal ukhuwah. Cheetah rase ahli2 rimba sume pon memang dah masyi,hebat, expert la kan bab ni, tp sekali sekala, problem emerge jugak kan antara kite; apatah lg manusia di luar sane! Memang kalo cite pasal ukhuwah je, sume org pon tau, kalo wat objektif program pon, msti ade utk merapatkan ukhuwah antara una dan ana, utk merapatkan hubungan silaturrahim antara isi dan kuku etc etc. Sume pon hebat la, tp betul ke kite da sampai tahap sepertimane ansar dan muhajirin. What?? IMPOSSILBLE!! Mereka sape? Mereka hidup di zaman Rasulullah s.a.w, msti la mereka boleh! What? Now u’re saying u can’t be as great as them? Hey, don’t make excuses la, manusia manusia(geleng kepala), itu la manusia, suke sgt wat excuses! Now is different!! Dunia dah moden, the way of thinking pon da laen la skrang. Ko x sebuk hal aq, aq x sebuk hal ko, senang cite, xde yg tersaket hati, xde yg menyakitkan hati. Mane boleh cmtu, ni bukan soal sebuk menyibuk, tp saling mengambil berat. Kite hidup bermasyarakat or berjemaah, kalo kite xnk bergaul, nnt nk mintak tolong pon segan. Ala, aq xmasuk la ngan dia ni, nk wat cmne! Hehe, Cheetah pon byk problems mcm ni, bese la, Cheetah ni lg suke duduk tepi n melihat saje, nk tegur org pon susah, skang nk senyum pon macam nmpk taring je. HAHA. Kidding. But, belom cube belom tau. Eh, sape kate aq belom cube, aq penah la!! Hmm, kalo camni, mmg susah sket la, tp org kate ape? Nak 1000 daye xnk 1000 dalih? Alah bisa tegal biase? Eh, betoi ke peribahasa ni? Hehe, yg penting kiteTRY sampai boleh!! Usaha kan tangga kejayaan. Allah pon mmg suke org yg berusaha ni, lagi2 kalo kite ni berusaha krn Allah.


Cmne plak kalo ketupat sane, ketupat cni. Eh eh, tbe2 rase nk makan ketupat la. Hehe. Skang bukan term ketupat dah, skang gossip girls la Cheetah oiii. Kalo saket hati, xkan nk simpan kot? Mesti la nk cite kat orang utk melegakan kesakitan. Opsss, x salah kalo nk bercerita, tp kepada sape lagi yg lebih berhak kite mengadu, bukankah Allah always with us. Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula hati manusia yg complex. Bukan liver ye~ Ala, tp laen la rasenye mengadu kpd Allah ngan bercerita kat kawan. Memang la laen, boleh je kalo nk bercerite, asalkan kte x mengaibkan org tu, kalo kite rase kwn kite leh bg nasihat utk masalah kite and nasihat dia pon boleh pakai & nasihat dia pon boleh menjernihkan keadaan, ape salahnye kan? Tp, jgn la si kawan tu batu api lak. Cheetah mmg pantang org mcm ni, memecahbelahkan kemaslahatan sejagat betol la. Peace No War ;)


But, certain people, it’s really hard for them to berlapang dada.(Rojak gler ayaaatt!! Weeeee~ Jom mkn rojak!!) What is berlapang dada? Cheetah pon x tau sgt. But ape yg Cheetah tau la kan, berlapang dada ni peringkat ukhuwah yg paling minimum. Ape tu? Cheetah pon x tau. Maybe, mksudnye di sini, berlapang dada tu adelah selemah-lemah peringkat ukhuwah and yg paling tinggi adalah ithar yakni melebihkan sahabatnya drpd diri sndiri. Tp, Cheetah rase, untuk berlapang dada je pon dah susah, ni kan pulak nk ithar. Tp, berlapang dada ni ape? Dr td x trjawab pon soklan ni?? HUHU. Maybe we need to take and take kot. Hehe, slalunye give n take, tp dlm berlapang dada ni kte kene sntiasa menerima? Menerima kelebihan & kekurangan sahabat2 kte. Memahami mrka, kalo x faham gak, try memahami mrka(in my case, Cheetah berdiam diri je, hehe). And the same apply to the friends, jgn kte je yg nk kene beralah, lame2 kte beralah, makan hati plak, hehe, x kot, sbb name pon berlapang dada,kwn2 pon same gak r kene gak berlapang dada ngan kite. So, now then we apply give and take. Bcoz both pon dah take and take, so both pon akn secare x lngsung give and give, so ble gabung, give n take. Erk? Apekah? Maksudnye, kpd sape kte ‘take’(menerima)? Kpd kawan2 kite. We take them as they are. Maksudnye penerimaan kite terhadap mereka adelah 1 pemberian(give)dr kite kpd mereka and vice versa!! Woahhh!! Cheetah pening2 lalat da skrang~~ Harap korang faham, ayat dah macam maze dah, pusing sane pusing cni. Huh. Anyway, Cheetah rase macam da byk je Cheetah tuleh. So, ahli2 rimba yg laen, kalo ade sape2 nk bincang isu ni, nk kongsi pengisian n pendapat yg lg bernas etc etc, sile2 la, u’re more than welcome!!
Salah dan silap harap dimaafkan n sila betulkan!!

“Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia kasihkan sesuatu sehingga kasih kpd saudaranya apa yg dia kasihkan utk dirinya sendiri” –Riwayat Bukhari-

Monday, April 26, 2010

Kacang Tepi Jalan

Entah kenapa sejak akhir2 ni Clover Leaf (CL) selalu pulak meng'update' RMK ni.. may be sebab exam baru je abes kot.. tp, nanti ada lagi exam.. dun wori yer (^_^)



Kacang tepi jalan..

CL tinggal berhampiran dengan mujamma'(bas station) dan ada seorang pak cik ni memang menjual kacang kat situ..


pak cik jual kacang ni selalu melaung (tapi CL tak dapat dengar dengan jelas apa yang dilaungkannya tu). Lebih kurang macam pak cik ni kata:"Kacang!!" kot.. unik pasal pak cik ni ialah pak cik ni menjual dari pagi sampai malam..


memang even malam di musim syita'(winter) yang boleh dikira tak ada orang nak keluar malam2 sebab sejuk itu pun, CL boleh terdengar laungan pak cik ni..


ni apa yang CL sibuk2 pasal pak cik ni? Kadang2 CL ni suka fikir apa yang ada di sebalik sesuatu tu.. CL teringat ada seorang akhawat ni kata, "tarbiyah Allah ni sangat indah sebab ia ada kat mana2 pun dan bila2 masa".. jadi, CL anggap ni pun salah satu tarbiyah Allah kepada kita la jugak.. Allah pun suka kan kalau kita berfikir kepada kebaikan (^_^)


CL terfikir, masa tu, memang CL tengah duduk dalam bilik bawah hirom sambil study(ye, betul..) tapi pada waktu tu ada seseorang tengah berjuang untuk meneruskan hidupnya dan keluarga.. dia mengharung kesejukan dengan angin dan keadaan yang sering hujan untuk mencari sesuap rezeki..


Kita berselesa, sedang ada yang menderita.. tapi, sejauh mana kita bersyukur? mungkin kita tidak sedar, tapi kita kadang2 terluah " aku x suka la syita' ni.. sejuk sangat...", kita lupa nak bersyukur kita masih ada tempat berlindung yang sangat selesa..
Tu belum lagi nak dibandingkan dengan saudara2 kita di Ghazah yang dalam keadaan serba tidak selesa tetapi masih mengucapkan kesyukuran yang tinggi kepada Allah..

sekadar bermuhasabah diri..


Seperti firman Allah SWT:

"dan (ingatlah) Tuhan mu memaklumkan, jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan Menambah nikmatmu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmatKu) maka pasti azabKu sangat berat"

(Surah Ibrahim:7)


Subhanallah.. Allah bagi kita- kita cakap terima kasih kat Allah- Allah bagi lagi- kita cakap lagi terima kasih kat Allah- Allah bagi lagi..

ish3 sampai bila ye?

Subhanallah.. patutlah ada ulama' cakap 'sesungguhnya ucapan Alhamdulillah itu adalah ucapan yang tidak putus2'..
Malah kesedaran untuk syukur itu pun satu nikmat, dan kekuatan untuk melafazkan syukur juga satu nikmat..

Bestnya jadi hamba Allah ni.. (^_^)
Moga kita semua jadi hamba yang bersyukur~amin..
p/s: kacang2 di atas nampak menyelerakan la.. :P




Sunday, April 25, 2010

MULAN pulak dah..

Masa kecik-kecik dulu Clover Leaf (CL)suka sangat tengok cerita kartun Disney.. bukan sebab apa.. lagu-lagu Disney ni selalunya best2 dan banyak pengajaran.. he2 :P

Entah macam mana tiba2 CL teringat plak kat cerita Mulan ni..

kenapa dengan dia?

Mulan ni anak gadis tunggal yang sangat2 biasa di kampung.. tapi satu hari ada utusan dari istana datang ke kampung tersebut mengatakan setiap family kene hantar wakil lelaki untuk sertai perang..

nak dijadikan cerita, ayah Mulan ni dah tua, Mulan ni plak anak tunggal.. tapi, demi raja ayah dia kata takpe2.. ayah dia sanggup pergi..

Mulan? hmm.. yang CL tertariknya, Mulan ni tak duduk diam je, dia pun menyamar sebagai lelaki untuk menggantikan ayahnya sertai perang tu..

tu yang buat CL terfikir, bagusnya Mulan ni ada sense untuk buat semua tu.. cuba kalau kita kat tempat dia.. entah2 kita tak rasa apa2 pun.. entah2 kita lagi gembira sebab perempuan tak diperintahkan untuk berperang.

Contoh biasa la kan kat rumah bila ada tuntutan untuk kita bertindak...
Emak: Siti.. meh tolong mak sidai kain jap... (siti ni watak tambahan je. xde kene mengena dgn sesapa)
Siti: ala mak.. siti tengah study ni.. tu mak.. adek tu... asyik tengok TV je.. mak suruh je dia mak..

jeng! bagi alasan siap ha.. he2.. ni baru dalam hal kecik2..

Mulan Proaktif? sebab dia ambil tindakan dan tidak duduk diam je?

isk3.. sepatutnya kita LAGI PROAKTIF.. sebab Allah SWT ada berfirman:

"....Sesungguhnya, Allah tidak akan merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri....."
(Surah ar-Ra'ad: 11)

Maknanya.. kita perlu BERTINDAK dan berusaha untuk capai apa yang kita mahu.. bukan bermalas-malasan..bukan sekadar memberi alasan..

Dalam hal ni, Mulan ni takde pun nak bagi alasan "huh, aku hanyalah wanita yang lemah..hu2" padahal, Mulan ni gadis biasa.. bukan belajar kat tempat hebat2.. bukan faham yang Allah kata kita kena bertindak kalau nak ubah nasib kita..

Bertindak dan berusaha ni pun, ada garis panduannya.. NIAT kene betul, bukan sekadar nak menunjuk-nunjuk.. CARA pun kene betul.. bukan buat benda yang melanggar arahan Allah.. sebab Allah suruh kita usaha sebaik mungkin yang kita mampu..

~dan Allah sayang kat orang2 yang buat apa yang Allah suruh kerana mahukan redhaNya..

p/s: teruskan usaha KITA...bittaufiq wan najah utk semua yang berimtihan (dunia dan akhirat)
p/s 2: alamak.. mintak maaf sangat2 letak gambar yang tak soleh kat RMK ni..

Monday, April 19, 2010

Mereka cari jalan, kita cari...?


Ranting pokok tak tahu nak buat apa. Dia senyap di pohon itu. Takut-takut angin kuat datang, habislah dia berterbangan. Saat itu dia terfikir, masalah manusia lebih berat daripada masalahnya. Oh manusia, apa ya tujuan kamu hidup? Mahukah kamu menjadi seperti aku? Ranting pokok yang sedang meniti saat-saat terakhir dalam hidupnya. Menghitung waktu bilakan tiba angin lintang itu!


Ada sebuah kisah, kisah Manusia Biasa! Ingin ranting pokok ceritakan kepada rakan-rakan serimba yang lain...

Ada seorang bayi, dia lahir dalam keluarga yang biasa-biasa sahaja. Kemudian dia membesar, tadika yang biasa, sebelah rumah mungkin....sekolah rendah biasa-biasa sahaja...sekolah menengah pun biasa-biasa...universiti biasa sahajalah! Nak katanya, hidupnya biasa-biasa sahaja...Habis belajar, dia pun berkahwin. Berkahwin dengan orang yang biasa sahaja. Lepas itu, dia dapat anak.. Dia pun jadi tua.. Dapat cucu.. Kemudian, dia mati..Kehidupannya biasa sahaja.. Seperti telah di'program' dimindanya untuk menjadi seperti itu, kitaran hidup manusia biasa. Tiada yang 'special' dia boleh buat.

Ranting pokok teringat, suatu zaman dahulu. Ketika kegemilangan Islam, jubah, bahasa Arab, al-Quran, ilmu-ilmu, dakwah, pembukaan tanah lain untuk menyebarkan Islam, jihad..semua ini telah di'program' dalam minda umat Islam dahulu. Disaat umat Islam menjadi 'World Order', seisi dunia ingin mengikut Islam. Islam as a trademark lah kiranya!

Jadi, apabila mereka yang bukan Islam, yang pada itu mengalami Zaman Gelap menyedari bahawa umat Islam hanya boleh dikalahkan apabila mereka berjaya mengubah pemikiran umat Islam.. Ranting pokok ingin memetik kata-kata seseorang, Louis IX, salah seorang mastermind gerakan kebangkitan Eropah:

"Tiada jalan untuk mengalahkan dan menguasai orang-orang Islam melalui jalan perang. Agama mereka mendorong mereka untuk melawan, berjihad, mengorbankan jiwa... Kita mesti lakukan jalan lain; iaitu mengubah pemikiran Islam dan menjinakkan orang-orang Islam melalui serangan pemikiran. Cendekiawan Eropah harus mengkaji tamadun Islam dan mencipta senjata untuk merosakkan pemikiran orang-orang Islam."

Hasilnya, manusia menjadi hamba kepada artis, hiburan, kemewahan, cinta manusia, kepopularan, semangat bangsa: Arab Revolt dan rumpun bangsa??????? upsss 0.0!

Angguk angguk geleng geleng
Tunduk tunduk ikut telunjuk
Iya Iya saya saya
Kiri Kanan Ikut saja

Kita tunduk pabila diketuk
Bila terantuk tak usah dipujuk
Biarpun dipatuk
Ingat pesan atuk…sabar sabar sabar sabar…
- Ahli Fiqir, Angguk angguk, geleng geleng.

jOm LaYan video ini..ini yang sebanarnya ranting pokok nak sampaikan..panjang pula intronye:))) zasss~



ranting pokok kata:

pilihlah mana yang kamu hendak..
Allah dan Rasulnya VS Artis
dan yang adik beradik dengannya :)

Semoga bertemu lagi! insyaAllah :D
Wallahu a'lam bissawab..

Friday, April 16, 2010

Peristiwa 16 April 2010.

Assalamualaikum w.b.t

Harini 16 April 2010.. kalendar masihi..
Kalau bulan islam berapa haribulan? 
Hah jawab! :P

(Tak aci oh kalau tgk kat sidebar sebelah >.<)





Kalau bulan islam 16 April 2010 bersamaan 2 JamadiulAwal 1431..
Jadi, tahukah anda apa yang terjadi pada tarikh tersebut?



1. 2 JamadiulAwal 3 H (21 Oktober 624 H)
  • Rasulullah mengutuskan Zaid bin Harithah mengetuai satu sariyah (gerila) untuk menahan rombongan dagang Quraisy. Mereka berjaya melakukan misi tersebut di satu tempat bernama Al-Qirdah. Ini adalah peristiwa pertama umat Islam berjaya mendapat ghanimah (harta rampasan perang)

2. 2 JamadiulAwal 666 H (19 Januari 1268 M)
  • Umat Islam diketuai Zahir Bibris berjaya membebaskn bndr Yafa dari penjajahan tentera Salib setelah bertempur selama 12 jam.

3. 2 JamadiulAwal 1328 H (12 Mei 1910 M)
  • Lahirnya al-Imam al-Akbar Abdul Halim Mahmud,Syeikh al-Azhar yg ke-40. Beliau adalah seorang ulama agung. Menguasai ilmu yg bersumberkan dari ilmu² Islam dan karya² ilmu Perancis. Mempunyai krgn yg byk terutamanya dlm bidang Falsafah dan Tasawwuf.

4. 2 JamadiulAwal 413 H (3 Ogos 1022 M)
  • Abul Hassan Ali bin Hilal yg lebih dikenali sbg Ibn al-Bawwab telah kembali ke rahmatullah. Beliau adalah seorang penulis khat yg hebat sepanjang sejarah Islam. Pernah menulis mushaf al-Quran tulisan tgn sebanyak 64 kali.

    Saturday, January 16, 2010

    Today's saying..

    Assalamualaikum to all readerzzz…

    Hey yall!! It’s me the Cheetah..It’s been quite a long time since I’ve updated the blog, hmm, bout 2 months n more?? Well, now, it is hard for me to keep in track with all the things I do, I mean, I’m suppose to have a routine n all with my uni’s study n my time to play n spend my own quality time n all d things that well, u know, suppose a student do. But, sure, this is one of d things a.k.a update my so-hard-to-keep-in-touch-blog..say what?! Okaaayyy, I’m supposed to study right now since my exam is right bout tomorrooowww. Like hellloooo?? Who does this kind of thing? Tomorrow.Exam.Study.Review.Fullstop. But nooo, I need to take this time to update my blog. What a good timing huh? But exam should not be the reason to slow down our dakwah!! (ehem ehem, speak to myself)..

    Anywayz, enough wasting my time (now who’s talking? speak to urself). I don’t actually know what I wanna write right now, I mean I don’t have any idea,it juz that I feel like writing something. As long as we convey something even if it just one small thing, it’s consider great already. My saying for today is…

    “The more we see Allah’s love signs, the more we will love Allah”

    Ada paham? If not, why not my friends from alam rimba elaborate for me?! Hey guys, I’m asking 4 ur help, let’s make a healthy discussion here ok?

    -Allah akan tolong hambanya selagi mane hambanya tolong saudaranya-

    If the readers want to give their fresh opinions, u are more than welcome to shout out!! Come on, great muslims always speak up!! Till then, I’m off.

    Related Posts with Thumbnails
     
    copyright reserved R.I.M.B.A.M.A.Y.A.K.I.T.A 2010